Pemain Pilihan Aku Baddrol Bakhtiar dapat tawaran ?

masaSalam pagi semua...

hari nie pagi-pagi lagi aku dah bukak laman web kosmo online..saja nak taw apa berita menarik yang ada..selain tu, nak baca jgak pasal perlawanan Chong wei dan jugak Lin Dan semalam..sebenarnya aku sempat jgk tgk semalam di minit2 akhir masa set 3 Chong wei mendahului Lin Dan dgn 15-13..pas tu, mcm bosan aku tukar channel tv, aku bukak tv3 layan Stanza cinta..bosan jugak stanza cinta..ubah lg channel tgk tv2 balik perlawanan badminton td..td masa aku tgk Chong Wei mendahului, bila bukak balik tv2 Lin Dan dah mendahului Chong Wei dgn 22-21..lg satu mata Lin Dan nak menang..tak sampai beberapa minit, Lin Dan dah menang..x pe lah Chong wei, wlupun kalah tp ttp terbaik dari hati semua rakyat malaysia..aku x ada nak cerita panjng pasal perlawanan nie sbb aku kureng minat sikit badminton..tp wlupun macam mana pun tetap menyokong Malaysia..


Selain daripada berita badminton semalam, aku ada terbaca di Kosmo yang Kelab Liga Perdana England,Wigan Athletic  menawarkan ujian percubaan buat Baddrol Bakhtiar..





KELAB Liga Perdana England, Wigan Athletic dikhabarkan mahu menawarkan ujian percubaan kepada pemain skuad bola sepak kebangsaan, Baddrol Bakhtiar.

Berita mengejutkan itu telah dipaparkan di sebuah laman web bola sepak United Kingdom, www.eyefootball.com kelmarin dengan tajuk Baddrol Bakhtiar to join Wigan?.

Baddrol yang baru berusia 23 tahun merupakan pemain skuad Liga Super Kedah dan boleh beraksi di posisi sayap mahupun sebagai penyerang.
Berdasarkan laporan berita tersebut, usaha Wigan untuk mendapatkan Baddrol adalah sebagai salah satu langkah kelab itu meluaskan peluang perniagaan barangan cenderamata mereka ke Malaysia.
Namun sejauh mana kebenaran berita tersebut masih belum dapat dipastikan apabila Baddrol sendiri mendakwa dia belum menerima sebarang tawaran rasmi daripada pihak Wigan.



“Saya tak tahu apa-apa tentang perkara ini. Mungkin khabar angin saja. Saya tak pasti. Saya sendiri pun tak tengok lagi laman web terbabit,” kata Baddrol ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Ditanya andai laporan itu benar dan tawaran rasmi daripada Wigan bakal menyusul selepas ini, Baddrol berkata: “Kalau betul memang ada tawaran, insyaallah saya akan pergi dan cuba.”
Baddrol sebelum ini pada 2008 ketika usianya baru mencecah 20 tahun bersama-sama Bunyamin Umar pernah dihantar berlatih selama dua minggu ke sebuah lagi kelab Liga Perdana England, Chelsea.
Wigan di bawah bimbingan pengurus, Roberto Martinez memulakan kempen saingan liga musim ini dengan mencatat keputusan seri 1-1 dengan pendatang baharu, Norwich City malam kelmarin.
Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad turut terkejut dengan berita tersebut, tetapi menganggap ia sesuatu perkembangan yang positif andai benar-benar berlaku.






Saya pun tak tahu tentang berita ini. Tapi jika benar, pada saya ia satu perkembangan positif dan baik untuk bola sepak negara,” katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Kosmo! kerana kini berada di luar negara.


sumber : kosmo online

tp semua tu belum dapat disahkan lg sbb Baddrol sendiri tidak dapat apa-apa tawaran lg drpd pihak terbabit..harap jadi kenyataan sbb aku mmg minat dan suka tengok bola kalau Baddrol main..haha...dalam entri terdahulu jugak aku ada bgtaw yang pemain bola sepak pilihan aku ialah Baddrol..harap lebih ramai lg pemain2 kita dapat tawaran dari luar negara..

0 orang bagi pendapat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...