Bola semalam : MAS VS INDON

Salam...

baru nak update..setelah sekian lama menyepi diri ditemani TEST and Quiz..

Semalam, sempat jugak aku tengok perlawanan bola Malaysia menentang Indonesia. Tepat pukul 8 mlm, aku dah terpacak depan tv 3 bersama housemate ku sorang nie, K.Nurul yang juga peminat bola seperti aku. Mula-mula kami 2 orang jer yang khusyuk tengok bola, pas tu tambah lagi 2 orang housemate ku datang join sekaki sambil makan kerepek ubi pedas...tengok bola sambil makan kerepek ubi pedas tuuuu !~..tengok bola sambil ngap makanan memang r ralit jadiknya...


sedang khusyuk ngap ngap makanan, tiba-tiba Syahrul ( xtaw nama penuh) berjaya bubuh gol...excited la waktu tu kan sebab Malaysia di depan dengan 1-0...dalam hati, jangan la bagi Indon bubuh gol sebab apa yang aku tengok, pasukan Malaysia nie kalau dah masuk 1 gol, mesti diorang cepat berpuas hati n pertahanan jadi leka seketika...tapi semalam, x macam tu..Malaysia berjaya mempertahankan 1 gol tanpa berbalas oleh pasukan lawan..SYABAS ! tapi sebenarnya, aku menunggu banyak gol lagi dari Malaysia terutama dari kapten pasukan Baddrol Bakhtiar !~ suka dia main ( ha, dah mula gatal tu ).


Harap esok SABTU, pasukan Malaysia menang lagi menentang Myanmar. Menang sampai dapat pingat EMAS  yer !~



penjaring gol tunggal Malaysia semalam
berumur 18 tahun
jaringkan gol minit ke 18
dan berjersi no 18


p/s : malam nie start LDK. kena dengar ceramah . nak mesej dengan 'dia' la masa dengar ceramah. buruk gila perangai..hehe 

"SEGMEN SIMPLE : NASZ AJAK BACA POST PERTAMA SAYA"

Selamat pagi semua..

pagi-pagi buta nie aku nak join satu segmen yang dibuat oleh abg Nasz.dulu, terlepas nak join, sekarang x nak terlepas lg...Jom tengok apa segmennya..


TAJUK SEGMEN : " SEGMEN SIMPLE : NASZ AJAK BACA POST PERTAMA SAYA"
TARIKH TUTUP : 11.11.11 JAM 11.11 MALAM ( cantik tarikh n masa tu..cepat-cepat !!, ada masa lagi nie)



nak tawu lebih lanjut pasal segmen nie, jom klik banner abg Nasz di atas yer..


segmen nie membuatkan aku tercari-cari balik post pertama aku masa mula-mula buat blog dulu..sangat simple post aku..x sampai 10 saat korang boleh abeh baca dah sebabnya, 3 BARIS ayat jer..haha..waktu nie, aku memang 0 + blur2 nak tulis apa..jom tengok post pertama aku..


Kenapa Gadis Cantik + Cun + Cute berstatus SINGLE?

Salam semua readers ...

Hari nie ada sedikit kelapangan untuk menatap blog dan ringan juga tangan aku untuk menekan keyboard bagi mengupdate entri di blog yang agak usang tapi masih berpenghuni ( ish, ayat skema )..justeru itu, sempat juga aku berblog walking sambil membesarkan mata untuk membaca entri di blog lain serta menekan button post comment untuk mengomen..jangan main-main korang, ayat nie pakai justeru itu tu, almaklumla baru saja selesai ( dua topik jer selesai, ada lagi 5 topik x selesai lagi ) membuat assignment CTU yang memerlukan penggunaan Bahasa Melayu yang SUPER POWER untuk dapat markah lebih..


Hari ni aku tertarik nak tulis entri pasal tajuk kat atas tu..aku pernah baca kat satu blog  pasal tajuk nie .tapi x ingat dah blog mana..( agak lama dah )..so x dapatlah aku nak buat credit to kat tuan empunya blog.hehe..jgn marah naaaa....


Back to the topic above, jom kita tengok sebab-sebab kenapa diorang nie SINGLE?


1) High taste / demand tinggi

Almaklumla, dah nama pun cantik, lepas tu cun lagi, ditambah pulak cute dekat pipi yang kemerah-merahan + kegebu-gebuan lagi mestilah nak pasangan yang hensem, tinggi lampai, pandai, anak orang kaya. Mana ada nak pandang lelaki yang lower class nie. kalau boleh nak yang perfect jer..weh, tolong sikit OK? semua orang x PERFECT k?..so, mungkin inilah salah satu sebabnya diorang masih lagi single sebab belum jumpa ciri-ciri lelaki idaman ataupun orang putih kata Prince Charming ..


2) Ramai secret admire

Nie satu hal lagi. Jalan sebelah sana ada orang mintak no. telefon, jalan sini ada orang bagi surat cinta. FEMES + HOT la katakan.. ada sesetengah perempuan, suka bila ada jejaka-jejaka hangat nak mengorat diorang nie..so, diorang x nak la ada apa-apa hubungan atau kaitan dengan mana-mana laki sebab bila dah ada status COUPLE nie, x de dah la pria hangat nak kacau . aduh,..susah2..


3)Berpendidikan tinggi

Nie salah satu sebab. Sekarang perempuan lebih banyak berpendidikan tinggi berbanding lelaki..jangan marah naah kaum-kaum lelaki sebab bukan aku yang cakap, lecturer aku yang cakap macam tu..tapi betul pun kan? *sila cakap YA..hehe..dah la cantik, lepas tu pandai pulak tu. takut lelaki-lelaki  nak dekat  ..cer tengok Lisa Surihani or Neelofa? boleh ke korang ngorat? ..* tetibe lak kan..hehe..nape aku bagi contoh Neelofa? sebab dia cantik + UPSR 5A + PMR 8A n SPM 10 A + banyak gosip jugak. hahaha..


4)Sombong

Selalunya orang lelaki akan menganggap perempuan CUN nie sombong..tambah-tambah kalau perempuan tu memang  pendiam + ayu-ayu gitu..x pasal-pasal di cop sombong + bajet ayu oleh lelaki. so, lelaki pun malas la nak dekat.

-gambar sekadar hiasan- sumber google images


Okey, itu sahajalah buat masa nie..entri nie ditulis tidak ada kena mengena antara yang hidup ataupun yang mati...just suka-suka jer taw..btw, x semua macam tu..semua ada kelebihan dan jugak kekurangannya..





p/s :  miss u & love u syg 

Simple formula di pagi Aidiladha

Assalamualaikum dan selamat pagi semua..

Rajin pulak aku nak menulis entri di pagi-pagi hari..ye lah, hari nie hari raya kena bangun awal la..lemang, rendang daging n bihun goreng tengah menanti di dapur..perut mula berbunyi sambil menyanyi lagu Stacy dengan kuat sekali (hiperbola)..

Cuti selama seminggu .


Let x equals to mid sem break
      y equals to raya haji

Therefore z = assignment MAT, CTU, project system n study for test n quiz waiting me !
(= formula mengarut)

x + y = z

conclusion :  nak bagitaw kat sini penyakit malas mula melanda bila dah cuti dapat balik rumah..



okey..entri serius..


Gambar-ehsan dari Google-

Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua...semoga kita sanggup berkorban apa sahaja demi agama,  negara, serta keluarga..semoga segala pekerjaan dilakukan dengan seikhlas dan setulus hati..

'Contest Best Picture with The Best Quotes'

Salam semua..

Malam nie aku nak menunaikan  jemputan daripada blog Romeo and Juliet dan juga tag  daripada cik Nur Liyana aka Cahaya Kelembutan untuk menyertai contest yang dianjurkan oleh blog Romeo and Juliet..

  sila klik banner di atas untuk ke blog Romeo and Juliet

Picture-picture yang dipertandingkan




Tag :

Dieyana
Lakaran hati
Istana Biru

p/s : ♥ ••   sayang dia rindu dia .. ♥ ••



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...