Diploma VS Ijazah

Salam semua..


Blur ! Blur !..buntu ! buntu !..serius tak taw nak update apa..dah seminggu kuliah ijazahku bermula, aku still tak dapat nak update blog nie yang semakin usang n bersawang jadiknya..bukan disebabkan kekangan masa, tapi disebabkan buntu sehingga menjadi blur seketika sebab tak taw nak update apa..so, malam nie aku kembali dengan entri first aku di tempat belajar nie..hari nie tiba-tiba aku teringat akan zamanku masa diploma dulu..walaupun diploma dan ijazah aku di tempat yang sama, tapi tetap jua ada perbezaannya bagiku..



1) Diploma dapat kolej, Ijazah kena jadi NR.

Ok..masa diploma dulu, syok sangat2 sebab dapat kolej..alhamdulillah, aku dapat stay kolej sampai habis diploma selama 3 tahun...kolej n fakulti aku pulak x de la jauh sangat..alhamdulillah sekali lagi sebab aku dapat kolej yang dekat dengan fakulti..dok kolej senang, kalau kelas tak de ataupun cancel bolehla balik bilik topup tido untuk semalam yang tak cukup tido tu..hehe..untung..tapi kalau dok luar ataupun NR ataupun nama panjangnya non-resident, susah la nak balik rumah sewa ..orang kata , tak padan la nak balik..buat penat jer sbb jauhkan..nant ada kelas lain pulak..



2)Diploma pegi kelas jalan kaki, Ijazah pegi naik bas.

 Disebabkan masa diploma duduk kolej n dekat pulak tu, so jalan kaki la jawabnya..tapi tak penat pun..bila masuk ijazah, duduk pulak rumah sewa, terpaksa la naik bas uitm pegi kelas..walaupun naik bas, tapi penatnya mengalahkan orang yang berjalan kaki 10 kilometer..betol weh.sebab apa penat? sebab bas tu mcm tin sardin..satu bas tu, penuh dengan student2 sampai kadang-kadang tu naik bas terasa macam bas tu nak terbalik pun ada..



3)Diploma ada roomate, Ijazah ada roomate and housemate.

Masa diploma setiap satu bilik ada 3 orang..itu bagi bilik aku la..ada jugak bilik yang kena duduk 4 orang..so, masa diploma hanya ada roomate..ijazah pulak ada roomate n housemate..satu rumah ada 5 orang dan 1 bilik ada 2 orang..seronok duduk ramai-ramai..boleh masak sama2, tengok tv sama n keluar pun sama2..hehe..



4)Diploma badan kurus, Ijazah badan lagi kurus.


Masa diploma pun dah kurus sebab banyak berjalan + makan pun tak menentu..boleh jugak landing2 selalu atas katil kalau kelas x de.tapi bagi aku, masa ijazah nie badan akan jadi lebih kurus sebab penat naik bas, penat jalan kaki dari fakulti ke fakulti lain coz kali nie aku ada kelas di fakulti lain..jauh jugak nak kena jalan tu..





Tu ajer yang aku nak tulis ..harap-harap dapat mengharungi ijazah selama 2 tahun setengah nie dengan jayanya,...Gud luck untuk semua jugak !~

4 Bulan macam 4 minggu jer

Salam..


Pejam celik pejam celik lagi satu hari jer tinggal sebelum aku kembali ke kampus pada hari ahad nanti. 4 bulan cuti terasa macam 4 minggu jer ..malas la weh.tu la, tak boleh nak bagi cuti lelama ni..kan penyakit malas tu dah melekat...aku percaya ramai yang dah pulang ke kampus walaupun start kuliah hari isnin, 12 September..awalnye korang balik?semangat eh?..kalau ada saki baki semangat korang tu, boleh la transfer kat aku sikit..aku jer yang kalau boleh tak nak pulang hehe..tapi tak boleh la kan, nanti korang ada degree, aku tak de degree..jeles la aku kalau macam tu...



by the way, petang tadi ada la sikit aku membeli-belah apa2 yang patut..barang-barang yang diperlukan semua dah beli...cuma belum packing ke dalam beg jer lagi..insyaallah, akan packing tomorrow..


Untuk pengetahuan korang jugak, dalam masa 4 bulan cuti nie la aku mula aktif dalam berblogging nie..aku mula buat blog pada 10 Februari 2011..masa tu aku tengah praktikal n aku tak aktif sangat dalam menulis entri, tak aktif blogwalking, join segmen or contest n jarang komen di blog orang lain..tapi semenjak adanya cuti 4 bulan nie, aku sangat rajin untuk join segmen ataupun contest sehingga follower aku boleh jadi sampai seratus lebih..haha...mesti korang akan kata,'100 lebih jer? tu pun nak kecoh?'..aku tahu korang semua dah beribu-riban ( ayat blogger yang aku pelajari..orang guna, aku pun nak guna )..tapi, aku berbangga walaupun seratus jer..sekurang-kurangnya ada peningkatan berbanding masa aku tak aktif dulu..tak salah aku, follower aku sebelum 4 bulan nie, dalam 22 orang jer..



Selain itu jugak, aku dapat kenal dengan ramai blogger-blogger lain..kat situ, aku start pelajari kategori blog macam mana yang orang suka n tak suka...pendek kata, banyakla yang aku pelajari tentang dunia blog setelah aku aktif nie..



Tapi bagaimana pulak selepas nie? adakah aku akan rajin untuk update blog, komen di blog orang lain, rajin nak join segmen ataupun contest?aku pun tak tahulah..we will wait n see..hehe



p/s : aku belum buat lagi kek untuk cik MerahItuJambu..tak tahu sempat ke tak aku  buat sebelum aku balik kampus..

Single VS Couple masa study.Mana lagi baik?

Salam semua readers yang kusayangi..


apa khabar?sihat ke semuanya..harap-harap sihat dan x ada yang masuk hospital akibat kekenyangan makan kuih raya yang tak abeh-abeh lagi tu..hari nie, aku nak menulis entri berkenaan tajuk yang tertera di atas. 'Single VS Couple masa study.Mana lagi baik?'. Tahu ke single tu maksud apa ? couple  maksud apa pulak? Single and couple adalah perkataan dalam bahasa inggeris. Dalam Bahasa Melayu single bermaksud tunggal ataupun satu manakala couple bermaksud pasangan. Terima kasih Google Translate kerana memberikan aku makna ini...hehe..


Kalau single masa study apa kebaikannya?mesti korang tertanya-tanyakan, ataupun semua orang dah tahu..kalau dah tahu tu, korang buat2 tak tahu jer la eh.teruskan membaca entri nie..



Kebaikan-kebaikan yang ada pada SINGLE :


1) Tak terikat dengan mana-mana perhubungan

 Maksudnya di sini korang bebas. Korang tak perlu bagitahu si dia kemana anda hendak pergi, apa yang korang tengah buat. Kalau bercouple, jap lagi ada la mesej masuk..' u tengah buat ape tu? dah makan? dah solat?u kat mane nie? u keluar nape tak bagitawu i? u keluar dengan sape?'..hai rasa macam dalam penjara jer kan..kalau selang 2, 3 hari x pe la jugak, nie kalau selang 2,3 jam tanya benda yang sama mcm mana tu? so annoying kan...



2) Berdikari

Ada sesetengah couple yang aku tengok dia terlalu mengharapkan pasangan untuk buat sesuatu..tambah kalau pasangan nie dalam satu kos yang sama atau kelas yang sama..apa lagi, ada jer assignment atau homework terus mintak nak copy..kalau bincang sama2 x pe la jugak..nie tak, kadang2 tu cakap jer nak jumpa kat situ sini la nak bincang pasal assignment, last2 bincang hal lain...out of the topic terus !


3) Jimat

Kalau single, kita x de sapa2 sangat nak kol nak sms..kredit yang ada tu mungkin untuk kol mak ayah, adik abang atau kakak, atau kawan-kawan..tp kalau dah kapel nie, kalau boleh tiap-tiap malam nak bergayut ..kalau x bergayut nanti rindu..tahu la sekarang nie mcm2 pelan ada..pelan U untuk celcom..murah !..lg murah kalau buat 8 pax..untuk pelan Hotlink aku x tahula pulak n Digi lagi x tahu..murah pun tp kalau tiap2 hari, cpat jugak abeh kredit tu..


Kebaikan yang ada pada COUPLE

1) Lepas grad kalau dah ada keja, harta pun cukup boleh terus kahwin.

Aku teringat lagi masa di kelas networking, lecturer network aku cakap, kalau nak cari pasangan lebih baik cari siap-siap masa tengah study terutamanya yang perempuan. Sebab apa dia cakap macam tu? sebab dia seorang lecturer..ada master..katanya sekarang nie bilangan perempuan berpendidikan tinggi lagi banyak berbanding lelaki..kalau perempuan ada master, mesti nak cari lelaki yang ada master jugak ataupun lebih tinggi dari tu kan?so, masa study nie lah nak cari pasangan yang sepadan..dalam hati aku, ada benar katanya..




2)Dah faham perangai masing-masing.lepas abeh study boleh kawen terus.

Bila dah berkawan lama, mesti baik buruknya semua dah tahu..kalau dapat terima semua kelemahan setiap insan, insyaallah hubungan akan berpanjangan n if ada jodoh boleh kawin terus..



Ok dah..aku nak stop dah...aku x nak tulis panjang-panjang..korang jangan ambik serius sangat apa yang aku tulis tu..bagi aku semua nie, depend pada setiap orang..semua ada pendapat berbeza n perangai manusia juga x sama..orang kata rambut jer sama hitam tapi hati lain-lain...



p/s : aku teringat kata-kata sinetron dalam Amanah Dalam Cinta tadi..'Tuhan beri kita 2  mata, 2 telinga,2 Tangan, 2 kaki..tapi kenapa Tuhan beri sekeping hati sahaja?sebab sekeping hati lagi ada pada pasangan kita'.



5 Hari Tayangan Hantu Bonceng Kutip RM 4.5 juta

Salam semua..


Korang semua dah tengok ke Hantu Bonceng? Rata-rata di blog, di FB ku pakat dok update pasal filem nie..tak de lagi yang aku dengar  memberi komen negatif..semuanya positif jer aku tengok..di FB ku pulak ada yang bersungguh-sungguh mengupdate status pasal Hantu Bonceng disamping menjadi promoter tak berbayar mengajak rakan-rakan lain pergi tengok..best sangat ke weh?mesti best kan sebab ada si pelawak Zizan n si kacukan Juliana Evans..walau bagaimanapun, aku tak berkesempatan dah nak pergi tengok..aku dah kesuntukan masa memandangkan nie minggu terakhir aku berada di rumah..ye lah, minggu depan dah nak bertolak balik U..segala persiapan ,1 habuk pun x buat lagi..



Back to the topic above, wah..tiba2 pulak tercakap orang putih..ok, berbalik kepada topik di atas ,kata Ahmad Idham sambil tersenyum  lega apabila filemnya menunjukkan kutipan kasar sangat baik iaitu RM 4.5 juta selepas lima hari ditayangkan...



Malahan sejak hari pertama lagi hantu Bonceng sudah mencatatkan kutipan kasar hampir RM 800,000. Dan kini, biarpun mendapat sambutan baik tetapi Ahmad Idham sebagai penerbit dan pengarah filem itu, mengharapkan Hantu Bonceng boleh melepasi RM 5 juta untuk tempoh tayangan beberapa hari lagi. Ahmad Idham tidak menafikan berdasarkan kutipan yang diperoleh itu, ia bukan sahaja sudah mengembalikan kos penerbitan malah dapat merasa sedikit keuntungan..




Menurutnya lagi, apa yang diharapkan berita yang disampaikan dari mulut ke mulut mengenai Hantu Bonceng mampu menarik minat lebih ramai lagi penonton..apa-apa pun Ahmad Idham sangat berpuas hati dengan jumlah kutipan terkini kerana ia di luar jangkaannya..



sumber : Berita Harian Online


Sedikit sinopsis filem Hantu Bonceng



Filem komedi seram yang mengisahkan mengenai Amran yang sering terbabit dalam perlumbaan haram, memenangi satu perlumbaan dan diberi habuan seorang bohsia bernama Maya. Namun, malang tidak berbau apabila Maya yang membonceng motosikal yang dipandu Amran maut ditempat kejadian. Hidup Amran mula berubah selepas kejadian tersebut dan mula dihantui Maya..



ok para kaki wayang, para peminat filem Melayu, apa lagi yang ditunggu-tunggu..kunjungilah pawagam-pawagam yang berhampiran dengan anda..tiba-tiba aku pulak yang menjadi promoter tak berbayar..hehe



Berpakaian Tapi Berbogel

Salam dan selamat malam semua...


ini adalah entri first aku untuk hari nie dan entri kedua untuk bulan september ..amacam dengan tajuk entri kat atas tu? macam bikin panas jer ..tp memang aku nak buat entri seperti tajuk yang tertera di atas pun..bukan saja2 suka nak letak taw..isu nie x de lah panas mcm goreng pisang yang baru diangkat dari belanga..sebab apa aku kata tak panas? sbb dah banyak dah blog yang huraikan tajuk seperti ini..aku pun dah banyak kali dah baca dari blog-blog lain pasal hal nie..tp x kira aku nak buat jugak entri nie..hehe..aku x copy and paste dari entri orang lain yer..harap maklum !



ok, cer korang tengok gambar kat bawah nie..




perhati betol-betol gambar di atas..kalau x nampak jugak cer klik kat gambar tu bg besar sikit.. sumber gambar nie diperoleh dari facebook ku dan dikhabarkan jugak gambar nie diambil selepas solat aidilfitri..tak tahu la sama ada orang di Malaysia atau dari negara lain, tp yang pastinya orang Islam la kan..


wajarkah wanita Islam berpakaian seperti itu? Tak ada duit sangatkah sampai x boleh nak beli pakaian yang tebal?mustahillah x de duit kan..kalau mcm nie la gayanya lebih baik bogel jer..tak payah susah2 nak pakai tudung sebab memang dah sah2 tak menutup aurat..nak cakap aku nie baik, tutup aurat sangat, solat tak tinggal ,tak jugak..kadang-kadang ada  terlepas pandang jugak..tapi janganlah  nampak ketara sampai macam tu kan..memang dapat tayangan free jer la..orang yang tengah berjalan memang x dapat nak fokus dekat jalan sebab khusyuk dengan tayangan free..lepas tu dosa pun bertimbun-timbun..


aku hanya menegur..aku akui yang aku nie bukanlah baik sangat...setiap manusia tu pasti ada buat salah..x de manusia yang sempurna..korang jangan salah faham ..bukan apa, kadang-kadang tu ada  yang berfikiran "bila orang tegur kita jer, mula la keluar ayat.."eleh..ko pun buat..nak tegur aku konon..cermin diri tu dulu sebelum nak tegur"..maknanya orang yang berfikiran macam nie dah menafikan tuntutan Islam untuk saling menegur antara satu sama lain..semua manusia buat dosa dan melakukan kesalahan ..jangan tengok orang yang tegur, tapi tengok apa yang ditegur olehnya..Kalau nak manusia yang langsung x buat dosa, hanya Rasulullah SAW sahaja yang bersifat MAKSUM..."

maksud MAKSUM = tidak berbuat dosa meskipun dosa kecil.





Kategori Blog yang MENJADI pilihan dan BUKAN pilihan

Salam semua..


apa khabar? sihat ?harap-harap sihat hendaknya selepas beraya..entri nie bukan entri raya ataupun entri nak posing dengan baju raya..selepas raya nie aku tengok ramai blog yg bercerita pasal raya masing-masing n bergambar dengan baju raya yang cun-melecun tu..bukan blog saja, dekat fb pun pakat ramai2 dok tukar default picture kepada picture raya.. hehe..ayat macam jeles jer..x de weh, korang jangan salah faham.aku x jeles ngan korang pun.tambah aku lg suka tengok picture raya korang..ada yg satu family warna sama, pattern sama n fesyen baju raya pun mcm2 ada...untuk pengetahuan semua, aku x de buat entri cerita pasal raya aku n gambar raya pun..nape aku x buat entri raya?hehe..ikut suka aku la kan..sebenarnya, x de ape yang nak diceritakan raya aku pada tahun nie..


mai sini aku bg sikit gambaran tentang raya aku..bg aku raya tahun nie sama jer mcm tahun2 lepas...ada aktiviti kunjung-mengunjung n makan-makan..pas tu fesyen raya pulak, sepasang baju kurung biasa n sepasang kurung moden..sory weh, x de gambar nak tunjuk..hehe,,tu je la kot...


Cerita kat atas tu hanyalah intro jer..x masuk topik utama lg..hehe sekarang aku nak masuk ke topik utama entri nie..
Ok, selama aku berblog x sampai setahun nie kan, aku dapat kelaskan beberapa kategori blog yang aku dah follow n kunjungi  ..



1) Blog yang selalu dikunjungi tp aku tak pernah komen
 Selalunya blog kategori nie adalah blog yang sangat femes ...dah nama pun femes, mestila semua orang kenalkan..untuk kategori blog seperti ini, aku lebih selesa jadi silent reader jer..ala2 mcm rendah diri gitu kan..hehe..bukan sebab aku berlagak sombong x nak komen yer.jauh sekali weh...buat ape la nak berlagak sombong dengan org yg dah femes nie...tak sombong cuma segan..segan kat sini bermaksud malu..


2)Blog yang selalu dikunjungi n selalu komen
Blog kategori nie pulak selalunya blog yang biasa2 jer la..tak terlalu femes sangat tp still ada entri menarik untuk dibaca..tambah pulak kalau dalam entri diorg tu ada tanya pendapat readers atau kongsi pengalaman ke apa ke kan berkenaan entri yang diorg tulis tu, memang laju jer tangan aku untuk komen dan kongsi pendapat aku..


3)Blog yang serik untuk dikunjungi
Kategori nie adalah kategori blog yang berat..Serius weh, kadang2 tu aku bukak blog yang tersangat la berat sampai jamm abeh computer aku...sampai kena restart n connect internet balik..huhu!~ menyusah kan..so, untuk kategori nie memang aku serik la nak datang blog dia dah..aku rasa bukan aku sorang jer yang x suka kan, semua pelawat pun akan rasa benda yang sama.kalau yang ada lagu x boleh pause plak, aku x de la serik sgt, aku datang jugak blog dia, tp kejap jer la..hehe


4)Blog yang mempunyai tajuk entri menarik
Semua dah tahu yang tajuk entri memang memainkan peranan untuk orang datang baca entri..tajuk entri yang gempak membuatkan readers semua nak tahu lebih pasal entri tu..secara x langsung, bila tengok jer tajuk yang gempak2 sikit, terus aku akan bukak blog tersebut untuk baca entri...aku sendiri pun sebenarnya, x pandai nak letak tajuk yang gempak2..hehe..aku mengaku tu..


ok semua..aku rasa panjang pulak entri kali nie..entah ada orang nak baca ke x..hehe..untuk pengetahuan korang, apa-apa yang aku tulis kat atas tu berdasarkan pendapat aku sahaja sebagai seseorang yang rajin dok mengunjungi blog-blog anda semua disamping membaca entri korang..jangan pulak korang kata, kat atas tu, pandai kelaskan  kategori blog bagai, padahal blog sendiri pun x hebat mana n entri pun hampeehh jer..aku akui weh...aku x pandai nak tulis entri2 yang best macam blog korang..aku jugak bukan budak sastera..Bahasa Melayu sastera masa sekolah menengah dulu pun dah lama dah ditinggalkan..sekarang nie dok guna bahasa programming jer..hehe..


   
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...