Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM)

Selamat pagi semua.

Kali ni aku mengupdate entri di pagi hari. Almaklumla, tengah cuti mid sem. Dah 4 hari aku berada di rumah start ari Khamis minggu lepas. Macam biasa, cuti mid sem seminggu je. pas cuti nie, banyak test yang menanti sebab kitorang yang mintak kat lecture nak buat pas cuti. Kononnya, x sempat study sebab ramai yang terlibat dengan OPKIM (memang betul pun). Lecturer terima alasan kami dengan syarat test kali nie semua dapat full mark FULL MARK? alamak ! berat tu...haha. x de lah, dapat SCORE yang bagus2 je . Tapi satu habuk apa pun aku x mula lagi wlupun dah 4 hari kat umah nie. InsyaAllah malam nie . hehe



Minggu lepas aku dan juga rakan-rakan sekelas sertai OPKIM anjuran UiTM Perak secara besar-besaran di Manjung. Ramai yang terlibat. Hampir 300 lebih jugak la yang sertai. Kami pergi dengan 10 biji bas UiTM. Sampai kat sana, meriah sungguh sambutan yang kami terima. Siap ada mercun bagai. Ala2 orang VIP + MB nak datang.



Selesai je majlis pembukaan, kami start diberi kepada keluarga angkat. Waktu nie, agak segan jugakla sebab x biasa kan. Tapi alhamdulillah keluarga angkat yang aku dapat sangat2 best. First jumpa mak angkat rasa kesian kat dia sebab dia datang ambik kami naik motor. Waktu nie rasa mcm menyusahkan dia jer. Bila sampai umah n start sembang2 baru la rasa lega + seronok duduk kat sana.



Serius, duduk rumah mak angkat , kami keje makan jer. Banyak sangat lauk yang dia masak n x jemu2 suruh kami makan. Sangat pemurah hati n penyayang. Then, on the next day, mak angkat ajak kitorang pegi berkelah kat TELUK BATIK bersama ngan anak n menantu dia yang baru berapa bulan je kahwin. Memang rasa mcm berkelah dengan family sendiri. Sangat seronok. berkelah makan tengahari kat sana + anak dia belanja kitorang makan ais krim. Then, pegi rumah anak dia yang berdekatan kat situ. Kami makan cup cake + air jagung pekat + kuih xtaw nama yang sangat sedap handmade by anak mak angkat aku. Waktu nie, perut dah BUNCIT. huahuahua.



Actually, aku bnyak menghabiskan aktiviti bersama mak angkat berbanding aktiviti yang uitm anjurkan kat sana mcm gotong-royong. Hanya 2 3 aktiviti jer yang aku dapat pegi. Rasa bersalah pun ada sbb x sumbangkan apa-apa untuk kampung tu. Walau mcm mana pun, ada jugak sumbangan aku terhadap mak angkat yang selalu tolong dia kat dapur.hahaha. X la bnyak sangat. tapi ada. hehe. Apa-apa pun, sangat ENJOY walaupun penat.

Site Visit + jalan2 di KLCC

Selamat malam semua.

Entri kali nie nak bercerita pasal aktiviti aku minggu lepas ke Perpustakaan Negara iaitu tempat site visit aku untuk subjek DATABASE ENGINEERING. Korang dah pernah pegi ke Perpustakaan Negara? Nie first time aku jejakkan kaki ke situ. Actually, tujuan site visit nie diadakan adalah untuk mendalami sistem @ database or dalam Bahasa Melayu nya dipanggil pangkalan data sesebuah sistem. So, tempat yang dipilih adalah Perpustakaan Negara. Kebanyakkan, database adalah jenis ORACLE yang mana mmg aku kena belajar untuk subjek nie. Then, kena apply dalam projek kitorang at the end of the semester guna database oracle. Susah ! x dapat bayangkan lagi mcm mana nak buat nnt. huhu!~


 Actually, ada 2 tempat yang sepatutnya kitorang pegi iaitu salah satunya perpustakaan n satu lagi Air-Asia. Tapi malang tidak berbau, kami terpaksa batalkan ke Air Asia sebab tiada borang jawapan yang kami terima dari pihak terbabit.




lokasi : Pintu depan Perpustakaan Negara 

Aktiviti kat sini : dengar penerangan tentang selok belok perpustakaan. Penerangan agak membosankan. Dalam penerangan nie, pihak perpustakaan bagitaw sistem yang digunakan oleh ahli serta kakitangan perpustakaan. Macam nak tido jer dengar pembentangan ni. zzZZZZ!~ Tapi naseb baik sekejap je.



Then, kami dibawa ke bilik meeting. Kali nie orang lain pulak yang bagi penerangan. Better than penerangan td. X bosan sangat. Pas tu, kami dibawa pulak  melawat ke bilik server. Sorry, NO CAMERA here ! Then, no picture at the server room .. Sejuk ! 2 jam lebih jugak la kat situ, pas tu sebelum balik, BERGAMBAR dulu.







Keesokan hari, kami dibawa ke pameran produk HALAL (MIHAS) kat KLCC.  Waktu nie apa lagi, semua makanan kami cuba rasa. Kenyang jugak. Banyak gerai pameran makanan, sampai x semua kami sempat pegi. 




posing lagi !




ala kanak-kanak. sempat lagi masuk PETROSAINS.



Then, minggu nie ada satu lagi aktiviti menanti iaitu Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) di Manjung. 3 hari aktiviti nie berlangsung. 3 minggu berturut2 penuh dengan aktiviti sebelum balik bercuti untuk cuti mid sem pd 21 april nie.


Updated! PD..EnjoY !

Salam you all. what's up what's up. peace yo !

Malam nie aku mengupdate entri dalam keadaan assignment yg beratur panjang untuk disiapkan. Serius beb ! bnyak assignment. Ingat lepas balik PD, terus nak update entri baru. Tp mmg x sempat. Untuk mlm nie, aku kena siapkan 1 assignment JAVA and kena study 2 subjek that is compiler and Data structure. Alhamdulillah, ptg td dah sempat study sket. SO, mlm nie fokus on assignment JAVA. Alhamdulillah again, bukak FB td, classmate bgtaw kelas pukul 8 esok cancel. So, apa lagi boleh tido lambat n bangun lambat la jawabnya. Disebabkan x de kelas esok, bertambah lg 1 assignment dalam koleksi assignment yg beratur panjang. Haish ! x leh nak mengeluh sangat la kan. Sekarang dah degree. Bukan diploma lg.



OK dah2. x nak cita pasal assignment. Kalau cerita saja, tp x buat, x guna jugak kan. So, malas nak cerita panjang-panjang pasal assignment. hehe. Jom, back to the main topic. OK. aku bertolak dari Uitm dalam pukul 9.30 pagi. Janji nak bertolak pukul 8. Tp disebabkan ada event lain, that is konvoi moto staf2 uitm,kami terpaksa tunggu semua konvoi tersebut berlepas dulu sebelum kami jugak berlepas ke PD. Tunggu lama.

Sempat posing sebelum ke destinasi.










Ok then, sampai sana lebih kurang pukul 4 lebih. Terus ada majlis pembukaan yang x formal + aktiviti KUTIP SAMPAH kat pantai.



sebelum kutip sampah. Aktiviti nie kerjasama dengan bank rakyat. Kena pakai baju + topi sponsor by bank rakyat. Siap ada logo Bank rakyat lg. Masa kutip sampah tepi pantai, kami ala-ala kerja di majlis perbandaran. haha.



Selepas kutip sampah. Makan petang. Salah satu hidangan kek 'SAVE THE OCEAN' seperti di atas. Lain-lain hidangan bihun goreng, muffin,n lain-lain kuih muih.



Malam : aktiviti EARTH HOUR. Dengar ceramah di bawah pokok berdepan dengan air laut bercahayakan cahaya bulan berlantaikan tikar. So sweet gitu . Giler sejuk + perut lapar waktu nie. ! x de gambar. perut lapar sementara menanti waktu makan mlm.



Keesokan hari pulak, satu-satunya aktiviti yang menjadi perhatian. EXPLORACE !




YELLOW team ! Kumpulan kami 'Ladies n M'. 6 orang semua 1 kumpulan. Gambar di atas : kena penalti sebab x dapat complete task. Satu-satunya kumpulan yang kena Jalan itik ! Keesokan hari, lenguh badan. Semua excited time nie. Senyum sampai telinga. Aku : 4 dari depan bertudung coklat. Walaupun kena jalan itik, tetap menang tempat ke 2. Hebat x kami?



Petang : bersiap sedia nak balik. Sementara nak tunggu para diver naik ke darat, kami posing lagi.




bersama housemate. -Nurul Szliana-



bersama housemate merangkap classmate di Blue Lagoon, Port Dickson -Ct Nazirah-




Gambar last sebelum balik. Bergambar bersama banner UiTM.


Ok. thats all aktiviti minggu lepas. Minggu nie akan pegi ke ke Perpustakaan Negara + jalan-jalan di KLCC untuk site visit subjek ITS 571 - DATABASE ENGINEERING-


p/s : Sambung study jom !








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...