5 Hari Tayangan Hantu Bonceng Kutip RM 4.5 juta

Salam semua..


Korang semua dah tengok ke Hantu Bonceng? Rata-rata di blog, di FB ku pakat dok update pasal filem nie..tak de lagi yang aku dengar  memberi komen negatif..semuanya positif jer aku tengok..di FB ku pulak ada yang bersungguh-sungguh mengupdate status pasal Hantu Bonceng disamping menjadi promoter tak berbayar mengajak rakan-rakan lain pergi tengok..best sangat ke weh?mesti best kan sebab ada si pelawak Zizan n si kacukan Juliana Evans..walau bagaimanapun, aku tak berkesempatan dah nak pergi tengok..aku dah kesuntukan masa memandangkan nie minggu terakhir aku berada di rumah..ye lah, minggu depan dah nak bertolak balik U..segala persiapan ,1 habuk pun x buat lagi..



Back to the topic above, wah..tiba2 pulak tercakap orang putih..ok, berbalik kepada topik di atas ,kata Ahmad Idham sambil tersenyum  lega apabila filemnya menunjukkan kutipan kasar sangat baik iaitu RM 4.5 juta selepas lima hari ditayangkan...



Malahan sejak hari pertama lagi hantu Bonceng sudah mencatatkan kutipan kasar hampir RM 800,000. Dan kini, biarpun mendapat sambutan baik tetapi Ahmad Idham sebagai penerbit dan pengarah filem itu, mengharapkan Hantu Bonceng boleh melepasi RM 5 juta untuk tempoh tayangan beberapa hari lagi. Ahmad Idham tidak menafikan berdasarkan kutipan yang diperoleh itu, ia bukan sahaja sudah mengembalikan kos penerbitan malah dapat merasa sedikit keuntungan..




Menurutnya lagi, apa yang diharapkan berita yang disampaikan dari mulut ke mulut mengenai Hantu Bonceng mampu menarik minat lebih ramai lagi penonton..apa-apa pun Ahmad Idham sangat berpuas hati dengan jumlah kutipan terkini kerana ia di luar jangkaannya..



sumber : Berita Harian Online


Sedikit sinopsis filem Hantu Bonceng



Filem komedi seram yang mengisahkan mengenai Amran yang sering terbabit dalam perlumbaan haram, memenangi satu perlumbaan dan diberi habuan seorang bohsia bernama Maya. Namun, malang tidak berbau apabila Maya yang membonceng motosikal yang dipandu Amran maut ditempat kejadian. Hidup Amran mula berubah selepas kejadian tersebut dan mula dihantui Maya..



ok para kaki wayang, para peminat filem Melayu, apa lagi yang ditunggu-tunggu..kunjungilah pawagam-pawagam yang berhampiran dengan anda..tiba-tiba aku pulak yang menjadi promoter tak berbayar..hehe



6 orang bagi pendapat:

Shorim Kasih said...

tak suka tgk cite seram...haha..jgn kata penakut pula tapi tak daq faedah noh..hehe..alsan kot..jom2 pi tgk..

Dalila Diela said...

@Shorim Kasih
ala..bukan seram mana pon..komedi seram jer kot..hehe..
yang penting komedi..
jom2..

anakpakcikali said...

saye suke la hantu bonceng.klaka.haha

Dalila Diela said...

@sitihanisahali
wah....dah pegi tengok.
jelesnya..
hehe

[sutera kasih] said...

diorang patut berterima kasih gilerr kt penonton kan sbb tolong promote lagi kt kwn2 hehe

Dalila Diela said...

@[sutera kasih]
hehe..betol tu..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...