Kenapa Gadis Cantik + Cun + Cute berstatus SINGLE?

Salam semua readers ...

Hari nie ada sedikit kelapangan untuk menatap blog dan ringan juga tangan aku untuk menekan keyboard bagi mengupdate entri di blog yang agak usang tapi masih berpenghuni ( ish, ayat skema )..justeru itu, sempat juga aku berblog walking sambil membesarkan mata untuk membaca entri di blog lain serta menekan button post comment untuk mengomen..jangan main-main korang, ayat nie pakai justeru itu tu, almaklumla baru saja selesai ( dua topik jer selesai, ada lagi 5 topik x selesai lagi ) membuat assignment CTU yang memerlukan penggunaan Bahasa Melayu yang SUPER POWER untuk dapat markah lebih..


Hari ni aku tertarik nak tulis entri pasal tajuk kat atas tu..aku pernah baca kat satu blog  pasal tajuk nie .tapi x ingat dah blog mana..( agak lama dah )..so x dapatlah aku nak buat credit to kat tuan empunya blog.hehe..jgn marah naaaa....


Back to the topic above, jom kita tengok sebab-sebab kenapa diorang nie SINGLE?


1) High taste / demand tinggi

Almaklumla, dah nama pun cantik, lepas tu cun lagi, ditambah pulak cute dekat pipi yang kemerah-merahan + kegebu-gebuan lagi mestilah nak pasangan yang hensem, tinggi lampai, pandai, anak orang kaya. Mana ada nak pandang lelaki yang lower class nie. kalau boleh nak yang perfect jer..weh, tolong sikit OK? semua orang x PERFECT k?..so, mungkin inilah salah satu sebabnya diorang masih lagi single sebab belum jumpa ciri-ciri lelaki idaman ataupun orang putih kata Prince Charming ..


2) Ramai secret admire

Nie satu hal lagi. Jalan sebelah sana ada orang mintak no. telefon, jalan sini ada orang bagi surat cinta. FEMES + HOT la katakan.. ada sesetengah perempuan, suka bila ada jejaka-jejaka hangat nak mengorat diorang nie..so, diorang x nak la ada apa-apa hubungan atau kaitan dengan mana-mana laki sebab bila dah ada status COUPLE nie, x de dah la pria hangat nak kacau . aduh,..susah2..


3)Berpendidikan tinggi

Nie salah satu sebab. Sekarang perempuan lebih banyak berpendidikan tinggi berbanding lelaki..jangan marah naah kaum-kaum lelaki sebab bukan aku yang cakap, lecturer aku yang cakap macam tu..tapi betul pun kan? *sila cakap YA..hehe..dah la cantik, lepas tu pandai pulak tu. takut lelaki-lelaki  nak dekat  ..cer tengok Lisa Surihani or Neelofa? boleh ke korang ngorat? ..* tetibe lak kan..hehe..nape aku bagi contoh Neelofa? sebab dia cantik + UPSR 5A + PMR 8A n SPM 10 A + banyak gosip jugak. hahaha..


4)Sombong

Selalunya orang lelaki akan menganggap perempuan CUN nie sombong..tambah-tambah kalau perempuan tu memang  pendiam + ayu-ayu gitu..x pasal-pasal di cop sombong + bajet ayu oleh lelaki. so, lelaki pun malas la nak dekat.

-gambar sekadar hiasan- sumber google images


Okey, itu sahajalah buat masa nie..entri nie ditulis tidak ada kena mengena antara yang hidup ataupun yang mati...just suka-suka jer taw..btw, x semua macam tu..semua ada kelebihan dan jugak kekurangannya..





p/s :  miss u & love u syg 

8 orang bagi pendapat:

NURUL NAJWA said...

nice one.. :D

NoorNazuha said...

emm..kdg2 jodoh gak kan...susah nak lekat org kata..rupa paras tu no 2,ada gak ramai yg x cantek kekal bahagia smpai akhir hayat

Ezad Skytech said...

nak jumpa orang yang betul2 perfect memang mustahil la kan...setiap orang tu ada kelebihan dan kekurangannya...:)

Nasz said...

hehehe. mmg menarik teori di atas. saya sokong.

Dalila Diela said...

@Nurul Najwa : thanx :)

@noornazuha : ha'ah betol tu..sokong !~ kalau cantik tp hati x baik, x guna jugak :)

@Ezad : ha'ah setuju...tiada manusia yg sempurna..

@Nasz : hehe..thanx menyokong...hihi!~

Kesah Hujung Jari said...

ehem2..spa la ang pny 'syg' 2??..aku ngn yana tertanya2..haha

Dalila Diela said...

@Kesah Hujung Jari
hehehe...nanti aku cite ye..
baru kenal lg..x nak ter'over' excited sgt..

Kesah Hujung Jari said...

haha..ok2..t story2..hek3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...