Updated !!

Salam semua..

Ptg nie menulis dalam keadaan mood yang suka sebab kelas ptg nie cancel, ditambah dengan cuaca yang sejuk disebabkan hujan lebat kat luar tu ditambah pulak lagi dengan suasana yang romantik sbb bilik nie gelap jer x pasang lampu. Cahaya matahari pun x de coz kat luar hujan.



Terpikir-pikir jugak aku nak tulis apa kat entri aku nie. Memang x de idea. Tp mood nak buat entri baru tu ada sbb aku dah jarang update. Tgk la kat blog archieve aku tu , untuk tahun 2012 nie cuma ada 2, 3 entri je. Untuk bulan Mac lak, baru ada 1. Hehe. Aku tabik dekat blog-blog yang sentiasa berupdate. Tambah-tambah blog yang x sampai selang 2 3 jam, dah ada entri baru. Ada jer idea diorang nak menulis. Dah la selalu update, entri lak gempak2 jer. Jeles weh. Kadang-kadang terpikir, diorang nie duo puloh empat jam dok ngadap blog je ke? kehehe



Ada ke yang takut nak datang blog nie? ye la, takut berhantu ke ape sbb risau x berpenghuni. Dun wory, be hepi k sbb blog nie sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda untuk meninggalkan jejak di shoutbox. Sape2 yang tinggalkan jejak, mmg slalu aku lawat blog dia balik + stalker + comment mana yang patut. For your information lg, even x update apa2 entri, aku slalu bukak blog nie tgk entri mana yg best untuk di baca di blog anda - anda semua. So, don't serik dtg cnie ye.


p/s : anyway, aku dah bosan dengan interface blog nie. mencari masa yg sesuai untuk melakukan perubahan. fullstop!


Planning the weekend

Salam


Bosan sangat2 petang nie. nak tido, mata x ngantok. nak buat assignment, x de mood ! nak study, malas. Abeh tu nak buat ape? nak tgk tv x de cite best. huhu. So, bukak la blog. Teringat minggu lepas, sempat lagi aku balik makan kenduri umah mak ngah aku.anak dia aka sepupu aku kawen. Seronok dapat balik wlupun sekejap. Terover sekejap, mcm x pnh balik umah.



MELETOOP !! BoOmM BoOm keBabOoM

Hujung minggu nie x de plan nak g mana2. Bosan sungguh!~ Terasa mcm nak pegi kelas pulak. Minggu depan insyaAllah plan aku, housemate n classmate nak g Ipoh. Mcm bese aktiviti kitorang kat cnie mesti shoping2 + tgk wayang. Nak tgk cite ape eh kat wayang? any idea, please share.hihi. Ada classmate lak ajak mkn steamboat ramai2. Tp x decide lagi bila nak peginya. Entah jadi entahkan tidak.



And then, next two weeks, again aku n classmate join aktiviti kelab scuba untuk g port dickson. 2 hari 1 malam aku kat sana nnt. Actually, aku x pnh lagi jejak kaki kat port dickson. sedih kan? Bila ada aktiviti mcm ni, dapat gak la merasa g PD. And aku jugak x pandai berenang apatah lg nak scuba diving segala bagai. so, pegi nie just dengar penerangan and x taw la diorang bagi peluang nak dive or x. Bila dipikirkan balik, takut ooo nak dive bagi orang yang x de pengalaman nie. Hope jugak waktu nie x banyak assignment or Quiz. Boleh enjoy sakan nant. hehe. Enjoy !~



p/s : Planning the weekend or The weekend planning?pening nak letak which one. Tu la tajuk nak omputih jaaa..

Result Exam:Biasa-biasa sahaja. Tapi, syukur alhamdulillah

Sejak semalam dah penuh status-status kawan aku kat fb pasal result yang keluar hari nie. Ada yang gembira yang mengucapkan syukur pada Allah n ada jugak yang sedih. Result aku? Cukup aku katakan aku bersyukur apa yang aku dapat. Benda yang aku tak ingin dapat n tak ingin tengok tidak ada dalam slip result yang aku terima melalui emel. Syukur alhamdulillah. Bukan kata sangat berpuas hati dengan result ini, tp mungkin aku boleh mencuba sedaya upaya yang boleh lagi agar dapat yang lebih baik n lagi terbaik daripada ini.




Aku nak bagitawu yang sebelum result first sem untuk degree nie keluar, aku memang gementar lain macam bila nak tawu result yang aku akan dapat. x taw kenapa. Sebenarnya, risau sangat dengan subjek MAT 423. Masa aku menduduki subjek nie, aku x rasa yang aku dapat buat dengan baik. Sebabnya, masa x cukup sebab soalan agak susah bagi aku la. aku banyak fikir panjang sebab tu masa x cukup. Lepas tu, buat pun macam kalut-kalut n agak berserabut. And yang paling x best sekali adalah aku dapat tempat duduk paling belakang masa wat subjek nie. Macam x selesa sikit la. Pas tu plak, dah x cukup masa ada jugak soalan-soalan yang x sempat dijawab. Waktu nak hantar kertas tu, dalam hati tawakal jer la.




And at last, dapat result td bersyukur sebab result Mat tadi x de la seteruk yang aku sangkakan. And the most important is, aku LULUS. Subjek2 lain, alhamdulillah syukur and pointer pun biasa-biasa sahaja. 3 pointer ke atas, but not in dean list. Akan buat yang lebih baik untuk next sem ! insyaAllah !

12 Feb 2012 !

Salam semua.



Petang nie tergerak hati nak buka blog. Bila buka blog terasa macam nak menulis. Skg tengah cuti sem. Dah hampir sebulan dah cuti. Tinggal 2 3 minggu lagi start sem baru. Sem baru start 5/03 nie bagi student UiTM. Result exam sem lepas pun x keluar lagi. Takut jugak. Harap result OK ! please. . . aminn.



                                                                                                                             * entri pendek . . sekian.

Bila Final Exam menjelma...

Assalamualaikum ( gaya Prof izi )..

Sekarang nie ada satu musim yang melanda bagi budak2 ijazah ipta.. aku percaya yang musim nie memang sgt 'ditunggu-tunggu' serta 'dinanti-nantikan'. Pastinya musim mengadap facebook  muka buku + nota + past year..


Bila final exam menjelma..

1)Sibuk mengadap muka buku.
Baguslah kalau anda-anda semua sibuk mengadap muka buku bila time exam berbanding facebook. Jangan mengadap facebook lagi lama daripada mengadap muka buku sudah. nanti x pasal-pasal masa time exam terkebil-kebil x taw nak jawab apa. AWAS : PERINGATAN ini untuk diri saya juga yang tak lekang daripada membuka facebook, berita gosip dan sebagainya.


2)Sibuk nak jumpa lecturer.
Yang nie memang selalulah terutama time study week. Time nie la nak g ambik result test, quiz yang lecturer x sempat nak bagi di samping bertanya certain certain topic yang terdapat sedikit atau banyak kekeliruan (Masa dalam kelas x nak tanya). nape eh? tido kot dalam kelas..hehe..x de lah. mybe x sempat nak tnya kot (positive thinking). Baguslah kalau sibuk nak jumpa lecturer.Jangan sibuk nak berdating sudeyh. Eh, silap, jangan selalu dating la, klu sekali x pe.(ayat cover sebenarnya nak dating, --/1/2012). hihihi


3)Library penuh
Awal2 sem, library kosong  jer..tp bila dah nak time exam, masa nie la library nak penuh. Tempat duduk pun x de. Student berpusu-pusu nak g awal nak chop tempat.




p/s : Gud luck untuk semua !





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...