Result Exam:Biasa-biasa sahaja. Tapi, syukur alhamdulillah

Sejak semalam dah penuh status-status kawan aku kat fb pasal result yang keluar hari nie. Ada yang gembira yang mengucapkan syukur pada Allah n ada jugak yang sedih. Result aku? Cukup aku katakan aku bersyukur apa yang aku dapat. Benda yang aku tak ingin dapat n tak ingin tengok tidak ada dalam slip result yang aku terima melalui emel. Syukur alhamdulillah. Bukan kata sangat berpuas hati dengan result ini, tp mungkin aku boleh mencuba sedaya upaya yang boleh lagi agar dapat yang lebih baik n lagi terbaik daripada ini.




Aku nak bagitawu yang sebelum result first sem untuk degree nie keluar, aku memang gementar lain macam bila nak tawu result yang aku akan dapat. x taw kenapa. Sebenarnya, risau sangat dengan subjek MAT 423. Masa aku menduduki subjek nie, aku x rasa yang aku dapat buat dengan baik. Sebabnya, masa x cukup sebab soalan agak susah bagi aku la. aku banyak fikir panjang sebab tu masa x cukup. Lepas tu, buat pun macam kalut-kalut n agak berserabut. And yang paling x best sekali adalah aku dapat tempat duduk paling belakang masa wat subjek nie. Macam x selesa sikit la. Pas tu plak, dah x cukup masa ada jugak soalan-soalan yang x sempat dijawab. Waktu nak hantar kertas tu, dalam hati tawakal jer la.




And at last, dapat result td bersyukur sebab result Mat tadi x de la seteruk yang aku sangkakan. And the most important is, aku LULUS. Subjek2 lain, alhamdulillah syukur and pointer pun biasa-biasa sahaja. 3 pointer ke atas, but not in dean list. Akan buat yang lebih baik untuk next sem ! insyaAllah !

2 orang bagi pendapat:

Zahirah Dzulkifli said...

Congrates! Next sem insya Allah boleh dekan :)

Mrs Nury said...

Alhamdulillah.. Semoga esok lebih baik dari semalam :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...