Showing posts with label kawan-kawan. Show all posts
Showing posts with label kawan-kawan. Show all posts

Kenangan Terindah

Salam ..

 Lama benar aku x bukak blOg. Tengokla, belum ada lg post untuk tahun 2013 walaupun hari nie, hari terakhir dalam bulan Januari 2013. Kadang-kadang tu teringat jugak nak remove jer blog nie. Dah malas nak menulis kat cni. hihi. Tapi, x remove2 jugak. Sayang kot. x sangka ada lagi yang sudi jenguk2 n melawat walaupun x de yang berupdate. Thank yOu sudi baca post2 lama aku nie.



Sekarang aku ada kat rumah bagi menghabiskan cuti semester 5 yang bermula pada 22/1 hari tu. Lebih kurang seminggu dah cuti. Dok umah cuti2 cam nie, keja makan tido makan tido je la aku nie. hihi. X macam cuti semester 4 sem lepas. Aku ngan 4 orang kawan-kawan yang lain buat intersesi di UiTM S.Alam. subjek yg kami ambik ialah subjek QMT437. Alhamdulillah sem 5 nie, agak ringan n boleh dikatakan banyak relax jugak. Relax2 jugak, tapi result xtaw lagi mcm mana. Hope cemerlang lagi terbilang. InsyaAllah.



Then, bila dah cuti cam nie, teringat balik masa intersesi sem lepas. Best sgt. Walaupun banyak kenangan manis, tapi still ada kenangan pahit. hihihi. Selain buat intersesi, dapat jugakla keluar n menghabiskan masa bersama si dia yang x balik bercuti dan bekerja sambilan di sana untuk menemani aku membuat intersesi. Wahhh..



Best sangat masa tu. Masa intersesi tu, ialah bulan puasa. 1st day aku kat sana, kitorang sampai dalam pukul 5.30 ptg. Waktu tu, pejabat kolej pun dah tutup. Kitorang x dapat nak ambek kunci bilik. So, alamatnya menumpang di bilik org len. Then, nak bukak puasa, x taw nak beli makanan kat mana. memandangkan masa tu, x de kedai dlm UiTM yg bukak lagi. Nak beli kat luar penat nak jalan kaki sebab kami sorang pun x de kenderaan. Then, ambik keputusan kol si dia tolong belikan makanan untuk berbuka. hihi. Untung2 ada org tolong beli makanan. Lepas tu lak, dalam pukul 11.00 mlm, si dia akan menghantar makanan untuk sahur ikut apa yang aku ngan kawan-kawan pesan. Menu yang aku selalu pesan untuk sahur ialah mee goreng mamak. Xtaw nape, bila sampai jer s.alam terasa nak makan mee grg mamak. Slalu tempat2 lain x de plak nak order menu tu. Ish, pelik3.



Sampaila hari2 yg seterusnya, si dia x jemu2 menghantar makanan. Thanx So much.... Bila hari minggu lak, klu dia x keja, kitorg akan keluar bersama-sama. slalunya aku akan bawak kawan-kawan aku sekali la. Best g jalan ramai-ramai. Buka puasa dekat Klang menu ikan siakap 3 rasa, tom yam campur, telur bistik dan kailan ikan masin. Aku kenyang sgt sampai esok tu sakit perut n demam. Si dia gelabah bila dapat taw aku demam n sakit perut. Terus dia ajak g Unit Kesihatan UiTM S.Alam. Mula2 tu agak berat sebab aku nie jenis yg x suka g klinik or hospital.  Sampai sana aku kena masuk wad sementara la gara-gara x cukup air dlm badan. X pasal2 kena tambah air dlm badan. Nie 1st time demam kena sampai macam tu.



Sempat lg dia tangkap gambar masa aku kena masuk air dalam badan.



Si dia bawak kitorang g icity, main snow walk. Bila masuk snow walk tu, ingat kebal la sgt  x pakai kasut yang bertutup. Last2, x tahan sejuk dan selalu jatuh gara-gara kasut yg aku pakai tu licin. Ais pun bnyak melekat kat kaki sampai kaki aku kejang dan susah nk berjalan. Si dia la yang slalu buang ais dekat kaki aku yg melekat. Thanx so much again.






Banyak sangat si dia bawak g jalan2 masa aku kat S.Alam. Antaranya, icity, setia alam, putrajaya (bg makan ikan), uptOwn (beli belah sebelum balik raya), Taman tasik S.alam (makan kopok lekor n ais kacang). huhu. Mcm nak wat intersesi lg lak rasanya. hehe




Berbuka puasa di luar. At Klang. X ingat nama restoran.




At Setia Alam City Mall. Bersama kawan-kawan rapat.


Hepi Besday to me.

Salam.

Semalam 13 Mei 2012 genap la umur aku yang ke 22. Haha. Dah tua rupanya aku nie. Walaupun dah tua, badan dok kecik tu jugak. Hari nie baru rasa nak menaip entri. Terima kasih pada kawan-kawan yang sudi buat surprise n x lupa jugak pada mereka yang wish birthday kat fb n handphone. Jom tgk surprise apa yg dibuat oleh kawan-kawan kesayangan aku nie.




-Blueberry Cheese Cake ; Sweet 22 Diela- nyum2. sedap sgt !



        Kami yang comel bersama tepung. Besday Girl kena paling teruk ! haha. See, rumah kami berselerak dengan tepung. Katanya plan nak buat di luar rumah x menjadi. Last2 rumah sewa kami menjadi mangsa




- F.R.I.E.N.D.S F.O.R.E.V.E.R- Love u all soooo much ; K.UN, NAZ n ATIE !~



- Yeay, dapat hadiah. Jam tangan, keronsang huruf  D.I.E.L.A n kad ucapan. Thanx a lot kawan !




-Proses mengemas bermula. Nak dekat pukul 3 pagi jugak la abeh mengemas semua tepung2 yang berselerak. 2, 3 kali jugak la kena mop lantai. hihi.

Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM)

Selamat pagi semua.

Kali ni aku mengupdate entri di pagi hari. Almaklumla, tengah cuti mid sem. Dah 4 hari aku berada di rumah start ari Khamis minggu lepas. Macam biasa, cuti mid sem seminggu je. pas cuti nie, banyak test yang menanti sebab kitorang yang mintak kat lecture nak buat pas cuti. Kononnya, x sempat study sebab ramai yang terlibat dengan OPKIM (memang betul pun). Lecturer terima alasan kami dengan syarat test kali nie semua dapat full mark FULL MARK? alamak ! berat tu...haha. x de lah, dapat SCORE yang bagus2 je . Tapi satu habuk apa pun aku x mula lagi wlupun dah 4 hari kat umah nie. InsyaAllah malam nie . hehe



Minggu lepas aku dan juga rakan-rakan sekelas sertai OPKIM anjuran UiTM Perak secara besar-besaran di Manjung. Ramai yang terlibat. Hampir 300 lebih jugak la yang sertai. Kami pergi dengan 10 biji bas UiTM. Sampai kat sana, meriah sungguh sambutan yang kami terima. Siap ada mercun bagai. Ala2 orang VIP + MB nak datang.



Selesai je majlis pembukaan, kami start diberi kepada keluarga angkat. Waktu nie, agak segan jugakla sebab x biasa kan. Tapi alhamdulillah keluarga angkat yang aku dapat sangat2 best. First jumpa mak angkat rasa kesian kat dia sebab dia datang ambik kami naik motor. Waktu nie rasa mcm menyusahkan dia jer. Bila sampai umah n start sembang2 baru la rasa lega + seronok duduk kat sana.



Serius, duduk rumah mak angkat , kami keje makan jer. Banyak sangat lauk yang dia masak n x jemu2 suruh kami makan. Sangat pemurah hati n penyayang. Then, on the next day, mak angkat ajak kitorang pegi berkelah kat TELUK BATIK bersama ngan anak n menantu dia yang baru berapa bulan je kahwin. Memang rasa mcm berkelah dengan family sendiri. Sangat seronok. berkelah makan tengahari kat sana + anak dia belanja kitorang makan ais krim. Then, pegi rumah anak dia yang berdekatan kat situ. Kami makan cup cake + air jagung pekat + kuih xtaw nama yang sangat sedap handmade by anak mak angkat aku. Waktu nie, perut dah BUNCIT. huahuahua.



Actually, aku bnyak menghabiskan aktiviti bersama mak angkat berbanding aktiviti yang uitm anjurkan kat sana mcm gotong-royong. Hanya 2 3 aktiviti jer yang aku dapat pegi. Rasa bersalah pun ada sbb x sumbangkan apa-apa untuk kampung tu. Walau mcm mana pun, ada jugak sumbangan aku terhadap mak angkat yang selalu tolong dia kat dapur.hahaha. X la bnyak sangat. tapi ada. hehe. Apa-apa pun, sangat ENJOY walaupun penat.

Site Visit + jalan2 di KLCC

Selamat malam semua.

Entri kali nie nak bercerita pasal aktiviti aku minggu lepas ke Perpustakaan Negara iaitu tempat site visit aku untuk subjek DATABASE ENGINEERING. Korang dah pernah pegi ke Perpustakaan Negara? Nie first time aku jejakkan kaki ke situ. Actually, tujuan site visit nie diadakan adalah untuk mendalami sistem @ database or dalam Bahasa Melayu nya dipanggil pangkalan data sesebuah sistem. So, tempat yang dipilih adalah Perpustakaan Negara. Kebanyakkan, database adalah jenis ORACLE yang mana mmg aku kena belajar untuk subjek nie. Then, kena apply dalam projek kitorang at the end of the semester guna database oracle. Susah ! x dapat bayangkan lagi mcm mana nak buat nnt. huhu!~


 Actually, ada 2 tempat yang sepatutnya kitorang pegi iaitu salah satunya perpustakaan n satu lagi Air-Asia. Tapi malang tidak berbau, kami terpaksa batalkan ke Air Asia sebab tiada borang jawapan yang kami terima dari pihak terbabit.




lokasi : Pintu depan Perpustakaan Negara 

Aktiviti kat sini : dengar penerangan tentang selok belok perpustakaan. Penerangan agak membosankan. Dalam penerangan nie, pihak perpustakaan bagitaw sistem yang digunakan oleh ahli serta kakitangan perpustakaan. Macam nak tido jer dengar pembentangan ni. zzZZZZ!~ Tapi naseb baik sekejap je.



Then, kami dibawa ke bilik meeting. Kali nie orang lain pulak yang bagi penerangan. Better than penerangan td. X bosan sangat. Pas tu, kami dibawa pulak  melawat ke bilik server. Sorry, NO CAMERA here ! Then, no picture at the server room .. Sejuk ! 2 jam lebih jugak la kat situ, pas tu sebelum balik, BERGAMBAR dulu.







Keesokan hari, kami dibawa ke pameran produk HALAL (MIHAS) kat KLCC.  Waktu nie apa lagi, semua makanan kami cuba rasa. Kenyang jugak. Banyak gerai pameran makanan, sampai x semua kami sempat pegi. 




posing lagi !




ala kanak-kanak. sempat lagi masuk PETROSAINS.



Then, minggu nie ada satu lagi aktiviti menanti iaitu Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) di Manjung. 3 hari aktiviti nie berlangsung. 3 minggu berturut2 penuh dengan aktiviti sebelum balik bercuti untuk cuti mid sem pd 21 april nie.


Updated! PD..EnjoY !

Salam you all. what's up what's up. peace yo !

Malam nie aku mengupdate entri dalam keadaan assignment yg beratur panjang untuk disiapkan. Serius beb ! bnyak assignment. Ingat lepas balik PD, terus nak update entri baru. Tp mmg x sempat. Untuk mlm nie, aku kena siapkan 1 assignment JAVA and kena study 2 subjek that is compiler and Data structure. Alhamdulillah, ptg td dah sempat study sket. SO, mlm nie fokus on assignment JAVA. Alhamdulillah again, bukak FB td, classmate bgtaw kelas pukul 8 esok cancel. So, apa lagi boleh tido lambat n bangun lambat la jawabnya. Disebabkan x de kelas esok, bertambah lg 1 assignment dalam koleksi assignment yg beratur panjang. Haish ! x leh nak mengeluh sangat la kan. Sekarang dah degree. Bukan diploma lg.



OK dah2. x nak cita pasal assignment. Kalau cerita saja, tp x buat, x guna jugak kan. So, malas nak cerita panjang-panjang pasal assignment. hehe. Jom, back to the main topic. OK. aku bertolak dari Uitm dalam pukul 9.30 pagi. Janji nak bertolak pukul 8. Tp disebabkan ada event lain, that is konvoi moto staf2 uitm,kami terpaksa tunggu semua konvoi tersebut berlepas dulu sebelum kami jugak berlepas ke PD. Tunggu lama.

Sempat posing sebelum ke destinasi.










Ok then, sampai sana lebih kurang pukul 4 lebih. Terus ada majlis pembukaan yang x formal + aktiviti KUTIP SAMPAH kat pantai.



sebelum kutip sampah. Aktiviti nie kerjasama dengan bank rakyat. Kena pakai baju + topi sponsor by bank rakyat. Siap ada logo Bank rakyat lg. Masa kutip sampah tepi pantai, kami ala-ala kerja di majlis perbandaran. haha.



Selepas kutip sampah. Makan petang. Salah satu hidangan kek 'SAVE THE OCEAN' seperti di atas. Lain-lain hidangan bihun goreng, muffin,n lain-lain kuih muih.



Malam : aktiviti EARTH HOUR. Dengar ceramah di bawah pokok berdepan dengan air laut bercahayakan cahaya bulan berlantaikan tikar. So sweet gitu . Giler sejuk + perut lapar waktu nie. ! x de gambar. perut lapar sementara menanti waktu makan mlm.



Keesokan hari pulak, satu-satunya aktiviti yang menjadi perhatian. EXPLORACE !




YELLOW team ! Kumpulan kami 'Ladies n M'. 6 orang semua 1 kumpulan. Gambar di atas : kena penalti sebab x dapat complete task. Satu-satunya kumpulan yang kena Jalan itik ! Keesokan hari, lenguh badan. Semua excited time nie. Senyum sampai telinga. Aku : 4 dari depan bertudung coklat. Walaupun kena jalan itik, tetap menang tempat ke 2. Hebat x kami?



Petang : bersiap sedia nak balik. Sementara nak tunggu para diver naik ke darat, kami posing lagi.




bersama housemate. -Nurul Szliana-



bersama housemate merangkap classmate di Blue Lagoon, Port Dickson -Ct Nazirah-




Gambar last sebelum balik. Bergambar bersama banner UiTM.


Ok. thats all aktiviti minggu lepas. Minggu nie akan pegi ke ke Perpustakaan Negara + jalan-jalan di KLCC untuk site visit subjek ITS 571 - DATABASE ENGINEERING-


p/s : Sambung study jom !








PD ..!! I'm Coming

Selamat malam semua.

Malam nie tangan rajin pulak nak mengupdate n menaip. Mcm title post kat atas, aku akan g Port Dickson esok. Pukul 7.30 pagi dah kena berkumpul. So, esok kena la bangun awal. X seperti sabtu2 yang lepas, boleh bangun lewat. hihi. Excited gak nak pi nie. Tp orang tua2 kata, kita janganla excited sgt sebab kalau over excited, nanti kita akan menangis. Xtaw sejauh mana kebenarannya. Tp aku percaya !



Bagi yang x tawu, aku ke sana mengikuti aktiviti kelab scuba diving UiTM perak. Bukan pegi ngan kawan just nak bercuti n berseronok segala bagai or wat aktiviti sendiri. Pegi sana semua diaturkan oleh ajk-ajk yang bertanggungjawab dan kenala ikut aktiviti yang diorang dah sediakan nanti.



Nama je aktiviti kelab scuba diving. Tp kami x dibenarkan dive pun. Hanya mereka yang ada lesen je yang boleh dive. So, kami akan ada aktiviti lain seperti ice breaking untuk mlm pertama, earth hour, n explorace. Aktiviti semua nie, mengikut tentatif program yang telah diberikan kepada kami. Dengar je explorace, terus excited lagi.

So, hope will be enjoyable tomorrow ! Will continue updated after i'm back



p/s : barang x kemas lagi . Assignment nak antar ari isnin n selasa minggu depan dah siap ! suka-suka :)




Gambar Pre Konvo & Konvokesyen UiTM ke-75

Salam semua.....


Alhamdulillah...dah selamat konvo untuk diploma...degree lambat lagi..kena tunggu 2 tahun lebih lagi..so, adala sedikit gambar yang nak dikongsikan..


Gambar PreKonvo di Taman Jepun dan Gunung Lang

















Gambar Konvokesyen UiTM Ke-75















---> The end !~ <---

p/s : terima kasih kepada 'dia' kerana sudi datang. 

Apa kena mengena KLIP 3GP + Konvo + Taman Jepun?

Salam semua...

Dah lama aku x update..actually entri nie sepatutnya ditulis dan dipost pada minggu lepas...tp disebabkan kemalasan yang melanda serta masa yang tak mengizinkan, so baru ari nie aku dapat menulis entri nie...banyak keja yang belum disiapkan lagi ...3 keje group dan 2 keje individu...agak  busy jugak la minggu lepas n minggu nie...


Walaupun banyak keje yang kena buat minggu lepas, sempat lagi aku keluar bersama housemate aku yang tersayang..sebenarnya, kitorang keluar ada tujuan..bukan saja2 jer nak keluar...tujuannya adalah nak mencari baju konvo..hahaha...semangat betol kami satu umah nak konvo sampai beli baju baru..hehe..mestilah kan?korang pun mesti sama jugak kan?ingat  masa raya jer nak pakai baju baru...padahal masa konvo nanti pakai jubah, x nampak pun baju baru tu...buat pe nak membazir duit..bagi aku x de la membazir pun, sebab bukannya selalu aku nie shoping-shoping baju...


Susah jugak aku nak mencari baju disebabkan ketiadaan size yang kecik...ada jer size S ataupun XS, tp size S pun mcm  L jer..besar !..sebab tu la aku jarang nak beli baju yang dah siap...selalu tempah jer kat kedai...ukur badan sendiri..senang !..at last, dapat jugak la aku beli baju...itu pun, x fit sangat la dengan badan aku.tp bolehla nak pakai..x de la besar sangat...


Alang-alang keluar tu, kitorang pun decide la nak tengok wayang..citer yang kitorang tengok ialah KLIP 3GP dengan tagline Gerun, Ganas, Ghairah..apa yang boleh aku cakap, memang GERUN ! memang GANAS ! memang GHAIRAH ! Gerun, Ganas, n Ghairah cara filem Melayu la..memang la kalau nak ikutkan citer omputih ada yang lagi gerun...Gerun tengok aksi Faralyna dirogol, Ganas tengok Sabhi Sadhi n Zahiril Adzim dibunuh, Ghairah tengok Mimi (ONE) berlakon (orang kata, aku x kata)..hehe..


Pas jer setel beli baju n tengok wayang, destinasi seterusnya adalah ke Taman Jepun..nak balik awal lg...so, singgah la dulu kat Taman Jepun area2 Ipoh nie..xtawla nape dia letak nama Taman Jepun.padahal aku tengok mcm taman biasa jer.bila kat Taman Jepun tu aku x terasa mcm kat Jepun pun...sempat la berphotoshoot sikit..hehe


Bowling

Salam...bukan nak kata la kan, mmg 2,3 menjak nie aku keja wat entri untuk segmen n contest jer kan..hehe..k, kali nie nak wat entri pasal aktiviti aku semalam ( 22/7/11)..


Kelmarin saja suka suki kuar ngan kawan2 suma ..bosanlah dok umah jer kan...minda pn tak berkembang klu asyik terperap je kt umah..so, aku wat kputusan untuk join kawan2 kuar..kalau kuar mcm besala g men bowling la...kalau kuar g CS ( Central Square ) x sah kalau x masuk tempat bowling tu...aku pon dah lama x pegang bola bowling tu..rindu plak rasanya..kali terakhir pegang kalau x silap bulan 3 atau bulan 4 ri tu..


Semalam men sampai 3 round..1st round men di kalangan bdk2 pompuan jaaa..2nd round n 3rd round, bertambah 2 org kawan lama, dak lelaki yg ajak men sama..nak lawan katanyaaaa...hahahaaaa...gerun tgk diorg men..baling bola bowling siap ada skill mcm atlet...tension seketika waktu tu..haaaa..aku x kira, aku men baling je bola tu..mcm bese la ada masuk longkang..at last, masa dah final round, berjaya jgk aku strike X...hahaha...


Disebabkan boling 3 round semalam, ari nie badan n tgn dah rasa sakit2..tu la kan, dah lama x exercise...jadik cam nie la...wlupn tgn sakit, tp bleh lg menaip untuk wat entri nie...


-
-
-
-
-





-
-
-
-
-





Selamat pengantin baru

Selamat Pengantin Baru
Selamat berbahagia
Selamat ke anak cucu
Selamat sejahtera

Semoga berpanjangan
Semoga berkekalan
Semoga satu tujuan
Semoga aman

Hidup mestilah rukun
Sabar paling perlu
Cinta setiap hari
Senyum mesti selalu....

haha..tiba2 jer kan nyanyi lagu org kawen plak..x sabar nak kawen ke oi??
mana de...x bersedia pon kan..x dak calon..cepat2 sapa nak jd calon???
hahahahahaaaaaaaa... xleh blah...

Semalam aku g kenduri kawen kawan aku, masa skolah dulu2.Ina nama dia..cepat btol jodoh dia..umo 21 dah ditakdirkan untuk kawen...dah jodoh...
alhamdulillah...

Ramai gak kawan2 yg hadir kat majlis tu..mmg leh wat reunion skali la..
sambil menyelam minum air la katakan..
yang dah lama x jumpa pn dapat jumpa balik semalam..
riuh rendah bercerita..
ramai yg tgh bercuti empat bulan...sbb tu la diorg sempat datang..
bezzz...

Ina org first kawan aku di smki yg kawen..lepas nie sape plak yg nak menamatkan zaman bujang plak??hahaha...
kalau nak kawen tu, jemput la kawan2 sume yer..
insyaallah klu x de halangan mmg aku akan cuba sedaya upaya datang ke majlis korg..
haha..
beria2 jer aku bercerita..

p/s : nak upload photo , tp lembap plak kan..nant2 la ek..


Kawan-kawan +

     Actually, aku da kenal seseorg yg suke sgt cakap sowg2..gurl or boy itu dirahsiakan ..hehe..x tawu la nape sgt dia suka cakap sowg2.sbb x de org nak cakap ngan dia kah?..ish2..sian jgk la klu cam tu..huhu~~kadang2 tu aku sendiri pon takut dgn org cam nie..bkn kata cakap sowg2 jer, tp kdg2 tu gelak sorg2 pn de gak...huh !! kdg2 tu terkejut gak la + takut ...kalau gelak pelan2 x pe gak..nie gelak kuat2 sampai sume org bleh terkejut dgr ketawanya yg menakutkan tu..hihi..x taw la sama ada tabiat atau mmg hobi dari kecik..x pon, sbb terlalu kesunyian x de kawan...Entahla..aku sndiri pon baru kenal dia bln januari 2011 ari tu.so, x bepe tawu apa masalah dia yg sebenarnye..nak tnya lebih2 takot kecik ati..g pon, aku n kawan aku sorg nie x bepe nak ngam ngan dia..malas lah nak campur hal dia.Kalau dia cakap sorg2 kami wat2 x dgr jer..malas nak layan !!

     Pas 2, ada jgk manusia yg x matang dari segi usianya. Klu nak dibandingkan aku ngan dia, dia lg berusia dari aku..sepatotnya dia lebih bnyak pengalamn serta bleh nasihatkan aku. Tp bila dgr jer dia cakap, terus x de mood n rasa nasihat dia tu x leh pakai..huhu~..kadg2 tu,  nak wat keja yg kecik pon dia x pandai wat..emm..suma manusia kan x sempurna..naseb bek aku nie akan kenal dia sekejap jer hihi...    

     Pe yang boleh dibuat, sabar jer la menghadapi kerenah2 manusia yg bnyak ragamnya di dunia ni..kalau dalam dunia nie setiap org ada satu jer perangai or dalam bi nye attitude or habit, msti x bez kan? x de cabarannya, x de warna dalam hidup..heeeee...kita pon sedia maklum setiap manusia ada kebaikan n keburukan , kelebihan serta kelemahan,mcm tu jgk aku, bnyak sgt kelemahan dari kelebihan !..pe2 pn, selagi aku mampu,aku akan cuba jadi yg terbaek..selagi ada nasihat yg baek,insyaallah aku akan cuba ikut..so, pandai2 la mencari kawan yang mana boleh ngam ngan kita..kawan yg x makan kawn serta kawan yg x lari ketika kita sedang menangis...kalau x de kawan, msti hidup kita kesunyian..kalau x de kekasih, sunyi ke x eh? emmm...mugkin kot..Orang kata , "BERKAWAN BIAR SERIBU, BERCINTA BIAR SATU  !! "..

     Tp alhamdullilah, kawan2 yg baek dgn aku sumanye ok2..sgt suke berkawan dgn mereka2..heeee...one words that i can say to all my frenz aka my BFF all of you is very2 sporting from secondary school until U..we share our problems together without blame from others. 

~Lagenda Budak Sekolah..Kawan-kawan : miss U allzzz.. !~

~Kawan Rapat waktu di Seri Iskandar~

MyEm0.Com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...