Showing posts with label hiburan. Show all posts
Showing posts with label hiburan. Show all posts

5 Hari Tayangan Hantu Bonceng Kutip RM 4.5 juta

Salam semua..


Korang semua dah tengok ke Hantu Bonceng? Rata-rata di blog, di FB ku pakat dok update pasal filem nie..tak de lagi yang aku dengar  memberi komen negatif..semuanya positif jer aku tengok..di FB ku pulak ada yang bersungguh-sungguh mengupdate status pasal Hantu Bonceng disamping menjadi promoter tak berbayar mengajak rakan-rakan lain pergi tengok..best sangat ke weh?mesti best kan sebab ada si pelawak Zizan n si kacukan Juliana Evans..walau bagaimanapun, aku tak berkesempatan dah nak pergi tengok..aku dah kesuntukan masa memandangkan nie minggu terakhir aku berada di rumah..ye lah, minggu depan dah nak bertolak balik U..segala persiapan ,1 habuk pun x buat lagi..



Back to the topic above, wah..tiba2 pulak tercakap orang putih..ok, berbalik kepada topik di atas ,kata Ahmad Idham sambil tersenyum  lega apabila filemnya menunjukkan kutipan kasar sangat baik iaitu RM 4.5 juta selepas lima hari ditayangkan...



Malahan sejak hari pertama lagi hantu Bonceng sudah mencatatkan kutipan kasar hampir RM 800,000. Dan kini, biarpun mendapat sambutan baik tetapi Ahmad Idham sebagai penerbit dan pengarah filem itu, mengharapkan Hantu Bonceng boleh melepasi RM 5 juta untuk tempoh tayangan beberapa hari lagi. Ahmad Idham tidak menafikan berdasarkan kutipan yang diperoleh itu, ia bukan sahaja sudah mengembalikan kos penerbitan malah dapat merasa sedikit keuntungan..




Menurutnya lagi, apa yang diharapkan berita yang disampaikan dari mulut ke mulut mengenai Hantu Bonceng mampu menarik minat lebih ramai lagi penonton..apa-apa pun Ahmad Idham sangat berpuas hati dengan jumlah kutipan terkini kerana ia di luar jangkaannya..



sumber : Berita Harian Online


Sedikit sinopsis filem Hantu Bonceng



Filem komedi seram yang mengisahkan mengenai Amran yang sering terbabit dalam perlumbaan haram, memenangi satu perlumbaan dan diberi habuan seorang bohsia bernama Maya. Namun, malang tidak berbau apabila Maya yang membonceng motosikal yang dipandu Amran maut ditempat kejadian. Hidup Amran mula berubah selepas kejadian tersebut dan mula dihantui Maya..



ok para kaki wayang, para peminat filem Melayu, apa lagi yang ditunggu-tunggu..kunjungilah pawagam-pawagam yang berhampiran dengan anda..tiba-tiba aku pulak yang menjadi promoter tak berbayar..hehe



Jom Jawab !

1. Bekas kekasih saya adalah
    someone yg study sama2 ngan saye waktu di UiTM
2. Sy sedang mendengar
    lagu kat desktop..tajuk Cinta Ini by Dato' Siti

3. Mungkin sy patut
    tido..mata mengantok..tp baru je lepas makan.no ! x leh tido pas makan

4. Sy suka
    berblog..wat masa nie la..

5. Sy adalah
    Nurdalilah Binti Mohtar laa...x kan Nur fazura kot...

6. Sy x suke
    kalau ada org benci saya..hehe

7. Mungkin ade
    udang di sebalik mee..

8. Blog sy adalah
    tempat untuk mencurahkan idea..

9. Makna nama saya
    Cahaya petunjuk.

10. Cinta itu adalah
      Cinta yg kekal adalah cinta kpd yg Esa..

11. Sebelom tido
      baca doa dulu kot..

12. Sy akan
      takut kalau saya keseorgan di dunia ini

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud
      sampai bila2..mungkin sampai mati

14. Telefon bimbit sy
      Nokia 66** ..entah dah lupa Nokia pe..tp yg lama jee..

15. Bila sy terjaga tidur
      Bukak mata n tgk jam kat handset..

16. Sy paling pantang org
      hipokrit, kuat merajuk

17. Pesta/parti adalah
      ada makanan yg sedap2..penting..

18. Kehidupan adalah
      Life is a journey..

19. Peringkat umur yg menyeronokkan sy adalah
      budak2..masa tu xpyh pk masalah..

20. Hari nie
      Saya basuh kain, memasak di rumah

21. Malam ini sy akan
      on9 lg kot..

22. Esok pula sy akan
      bangun tido seperti biasa

23. Terakhir td sy makan
      Nasi berlaukkan masak lemak ketam..

24. Ketika anda melihat wajah anda di depan cermin hari nie
      Ada jerawat..huhu!~

25. Pusat membeli belah atau arked permainan
      pusat beli belah..haha..kaki shoping nie..

26. Makanan barat atau jepun
      2 2 x suke..suka masakan kmpung..

27. Bilik yg terang atau gelap
      Terang kalau nak study..gelap kalau nak tido

28. Makanan segera adalah
      Megi

29. Ayat terkhir yg anda katakan pada seseorg
      mak : jom makan nasik

30. ciri2 boy/girl yg disukai
      x pandang seseorg wanita dari segi luaran..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...