Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

5 Hari Tayangan Hantu Bonceng Kutip RM 4.5 juta

Salam semua..


Korang semua dah tengok ke Hantu Bonceng? Rata-rata di blog, di FB ku pakat dok update pasal filem nie..tak de lagi yang aku dengar  memberi komen negatif..semuanya positif jer aku tengok..di FB ku pulak ada yang bersungguh-sungguh mengupdate status pasal Hantu Bonceng disamping menjadi promoter tak berbayar mengajak rakan-rakan lain pergi tengok..best sangat ke weh?mesti best kan sebab ada si pelawak Zizan n si kacukan Juliana Evans..walau bagaimanapun, aku tak berkesempatan dah nak pergi tengok..aku dah kesuntukan masa memandangkan nie minggu terakhir aku berada di rumah..ye lah, minggu depan dah nak bertolak balik U..segala persiapan ,1 habuk pun x buat lagi..



Back to the topic above, wah..tiba2 pulak tercakap orang putih..ok, berbalik kepada topik di atas ,kata Ahmad Idham sambil tersenyum  lega apabila filemnya menunjukkan kutipan kasar sangat baik iaitu RM 4.5 juta selepas lima hari ditayangkan...



Malahan sejak hari pertama lagi hantu Bonceng sudah mencatatkan kutipan kasar hampir RM 800,000. Dan kini, biarpun mendapat sambutan baik tetapi Ahmad Idham sebagai penerbit dan pengarah filem itu, mengharapkan Hantu Bonceng boleh melepasi RM 5 juta untuk tempoh tayangan beberapa hari lagi. Ahmad Idham tidak menafikan berdasarkan kutipan yang diperoleh itu, ia bukan sahaja sudah mengembalikan kos penerbitan malah dapat merasa sedikit keuntungan..




Menurutnya lagi, apa yang diharapkan berita yang disampaikan dari mulut ke mulut mengenai Hantu Bonceng mampu menarik minat lebih ramai lagi penonton..apa-apa pun Ahmad Idham sangat berpuas hati dengan jumlah kutipan terkini kerana ia di luar jangkaannya..



sumber : Berita Harian Online


Sedikit sinopsis filem Hantu Bonceng



Filem komedi seram yang mengisahkan mengenai Amran yang sering terbabit dalam perlumbaan haram, memenangi satu perlumbaan dan diberi habuan seorang bohsia bernama Maya. Namun, malang tidak berbau apabila Maya yang membonceng motosikal yang dipandu Amran maut ditempat kejadian. Hidup Amran mula berubah selepas kejadian tersebut dan mula dihantui Maya..



ok para kaki wayang, para peminat filem Melayu, apa lagi yang ditunggu-tunggu..kunjungilah pawagam-pawagam yang berhampiran dengan anda..tiba-tiba aku pulak yang menjadi promoter tak berbayar..hehe



Pemain Pilihan Aku Baddrol Bakhtiar dapat tawaran ?

masaSalam pagi semua...

hari nie pagi-pagi lagi aku dah bukak laman web kosmo online..saja nak taw apa berita menarik yang ada..selain tu, nak baca jgak pasal perlawanan Chong wei dan jugak Lin Dan semalam..sebenarnya aku sempat jgk tgk semalam di minit2 akhir masa set 3 Chong wei mendahului Lin Dan dgn 15-13..pas tu, mcm bosan aku tukar channel tv, aku bukak tv3 layan Stanza cinta..bosan jugak stanza cinta..ubah lg channel tgk tv2 balik perlawanan badminton td..td masa aku tgk Chong Wei mendahului, bila bukak balik tv2 Lin Dan dah mendahului Chong Wei dgn 22-21..lg satu mata Lin Dan nak menang..tak sampai beberapa minit, Lin Dan dah menang..x pe lah Chong wei, wlupun kalah tp ttp terbaik dari hati semua rakyat malaysia..aku x ada nak cerita panjng pasal perlawanan nie sbb aku kureng minat sikit badminton..tp wlupun macam mana pun tetap menyokong Malaysia..


Selain daripada berita badminton semalam, aku ada terbaca di Kosmo yang Kelab Liga Perdana England,Wigan Athletic  menawarkan ujian percubaan buat Baddrol Bakhtiar..





KELAB Liga Perdana England, Wigan Athletic dikhabarkan mahu menawarkan ujian percubaan kepada pemain skuad bola sepak kebangsaan, Baddrol Bakhtiar.

Berita mengejutkan itu telah dipaparkan di sebuah laman web bola sepak United Kingdom, www.eyefootball.com kelmarin dengan tajuk Baddrol Bakhtiar to join Wigan?.

Baddrol yang baru berusia 23 tahun merupakan pemain skuad Liga Super Kedah dan boleh beraksi di posisi sayap mahupun sebagai penyerang.
Berdasarkan laporan berita tersebut, usaha Wigan untuk mendapatkan Baddrol adalah sebagai salah satu langkah kelab itu meluaskan peluang perniagaan barangan cenderamata mereka ke Malaysia.
Namun sejauh mana kebenaran berita tersebut masih belum dapat dipastikan apabila Baddrol sendiri mendakwa dia belum menerima sebarang tawaran rasmi daripada pihak Wigan.



“Saya tak tahu apa-apa tentang perkara ini. Mungkin khabar angin saja. Saya tak pasti. Saya sendiri pun tak tengok lagi laman web terbabit,” kata Baddrol ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Ditanya andai laporan itu benar dan tawaran rasmi daripada Wigan bakal menyusul selepas ini, Baddrol berkata: “Kalau betul memang ada tawaran, insyaallah saya akan pergi dan cuba.”
Baddrol sebelum ini pada 2008 ketika usianya baru mencecah 20 tahun bersama-sama Bunyamin Umar pernah dihantar berlatih selama dua minggu ke sebuah lagi kelab Liga Perdana England, Chelsea.
Wigan di bawah bimbingan pengurus, Roberto Martinez memulakan kempen saingan liga musim ini dengan mencatat keputusan seri 1-1 dengan pendatang baharu, Norwich City malam kelmarin.
Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad turut terkejut dengan berita tersebut, tetapi menganggap ia sesuatu perkembangan yang positif andai benar-benar berlaku.






Saya pun tak tahu tentang berita ini. Tapi jika benar, pada saya ia satu perkembangan positif dan baik untuk bola sepak negara,” katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Kosmo! kerana kini berada di luar negara.


sumber : kosmo online

tp semua tu belum dapat disahkan lg sbb Baddrol sendiri tidak dapat apa-apa tawaran lg drpd pihak terbabit..harap jadi kenyataan sbb aku mmg minat dan suka tengok bola kalau Baddrol main..haha...dalam entri terdahulu jugak aku ada bgtaw yang pemain bola sepak pilihan aku ialah Baddrol..harap lebih ramai lg pemain2 kita dapat tawaran dari luar negara..

Pandangan Daripada seorang kaki bangku tentang perlawanan Harimau VS Singa

Salam...

Huhu!~sedih3..Harimau kalah ditangan Singa dgn aggregate 4-6..perlawann mlm nie SERI 1-1 jaringan Safee untuk Malaysia..yang Singapura nye xtaw la sape boh gol..xtaw nama..x salah cina kot..emm..entah

Geram giler tgk Singapura maen td..bkn nak katalakan, tgk diorg badan tough2 siap ada pemain import lg, tp asyik cedera jaaa..menyampah giler tgk...pemain Malaysia pon kena asakan jgk, tp x de la sampai mengada2 mcm tu..nie bukan nak jd pemain bola, tp nak jd pelakon plak kat padang..yang penjaga gol dia plak lg la nampak ketara lakonan dia tu..minit2 akhir boleh plak dia wat sakit nak melengahkan masa (Singapura pura-pura)...x pasal2 kena kad kuning..aish..mcam2..

Tp ape2 pon, aku sgt berbangga dgn pemain2 Malaysia yg aku rasa diorg dah bg all out malam nie..tp mungkin dah x de rezeki..mungkin ada rezeki untuk perlawanan akan dtg kan.apa2 pn, GOOD JOB kat Safee Sali n Khairul Fahmi sbb Safee dah jaringkan gol n khairul fahmi plak bijak dan tangkas menangkap bola..terer r fahmi..Badrol Bakhtiar x maen la plak..emmm..

p/s : Aku yg minat Aaron aziz nie, tiba2 aku rasa mcm menyampah plak kat dia ..haha..boleh ke mcm tu??

                                                              luahan hati dari seorg kaki bangku,
                                                                             Dalila Diela

Harimau PLEASE kalahkan Singa...

Umum mengetahui yang Harimau dah kalah 3-5 pada 23hb july ri tu di Singapura..tp itu baru di Singapura..ada lg perlawanan timbal balik menanti pasukan Harimau kita di Bukit Jalil pada 28hb nie..wah2, excitednye nak tgk...Seriously, nak cakap dulu2 aku nie bukanlah peminat setia bola sepak..teringat lg dulu2 aku slalu gaduh ngan abg n adik aku sbb diorg sgt suka tgk bola sampai aku nak tgk citer laen pon x boleh..tp sejak2 pasukan Harimau Malaya nie menjuarai Piala Suzuki AFF, baru la terbukak ati aku untuk meminati bola sepak terutama pasukan Malaysia..saya minat Malaysia jer taw..pasukan len x minat..x kira la Liverpool ke, Chelsea , MU sumenye x minat..hanya perlawanan bola sepak melibatkan Harimau Malaya jer aku tgk..haha...semangat Harimau Malaya btol aku nie..


So,untuk 28 hb nie harap2 Malaysia dapat membalas dendam terhadap Singapura walaupon ketinggalan 2 bijik gol..bg aku masa perlawanan di Singapura ri tu, wlupon Harimau Malaya kalah, tp tetap berbangga sbb pasukan Harimau Malaya sumenye anak jati Malaysia..Singa harapkan pemain import diorg jer yg boh gol..aku hanya menyokong di depan tv je la yer...x mampu nak pegi stadium..ye lah, aku nie ada kat Kedah, nak p KL jauh sgt nuuu...

p/s : pemain pilihan : Badrool Bakhtiar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...