Selamat pagi semua.
Kali ni aku mengupdate entri di pagi hari. Almaklumla, tengah cuti mid sem. Dah 4 hari aku berada di rumah start ari Khamis minggu lepas. Macam biasa, cuti mid sem seminggu je. pas cuti nie, banyak test yang menanti sebab kitorang yang mintak kat lecture nak buat pas cuti. Kononnya, x sempat study sebab ramai yang terlibat dengan OPKIM (memang betul pun). Lecturer terima alasan kami dengan syarat test kali nie semua dapat full mark FULL MARK? alamak ! berat tu...haha. x de lah, dapat SCORE yang bagus2 je . Tapi satu habuk apa pun aku x mula lagi wlupun dah 4 hari kat umah nie. InsyaAllah malam nie . hehe
Minggu lepas aku dan juga rakan-rakan sekelas sertai OPKIM anjuran UiTM Perak secara besar-besaran di Manjung. Ramai yang terlibat. Hampir 300 lebih jugak la yang sertai. Kami pergi dengan 10 biji bas UiTM. Sampai kat sana, meriah sungguh sambutan yang kami terima. Siap ada mercun bagai. Ala2 orang VIP + MB nak datang.
Selesai je majlis pembukaan, kami start diberi kepada keluarga angkat. Waktu nie, agak segan jugakla sebab x biasa kan. Tapi alhamdulillah keluarga angkat yang aku dapat sangat2 best. First jumpa mak angkat rasa kesian kat dia sebab dia datang ambik kami naik motor. Waktu nie rasa mcm menyusahkan dia jer. Bila sampai umah n start sembang2 baru la rasa lega + seronok duduk kat sana.
Serius, duduk rumah mak angkat , kami keje makan jer. Banyak sangat lauk yang dia masak n x jemu2 suruh kami makan. Sangat pemurah hati n penyayang. Then, on the next day, mak angkat ajak kitorang pegi berkelah kat TELUK BATIK bersama ngan anak n menantu dia yang baru berapa bulan je kahwin. Memang rasa mcm berkelah dengan family sendiri. Sangat seronok. berkelah makan tengahari kat sana + anak dia belanja kitorang makan ais krim. Then, pegi rumah anak dia yang berdekatan kat situ. Kami makan cup cake + air jagung pekat + kuih xtaw nama yang sangat sedap handmade by anak mak angkat aku. Waktu nie, perut dah BUNCIT. huahuahua.
Actually, aku bnyak menghabiskan aktiviti bersama mak angkat berbanding aktiviti yang uitm anjurkan kat sana mcm gotong-royong. Hanya 2 3 aktiviti jer yang aku dapat pegi. Rasa bersalah pun ada sbb x sumbangkan apa-apa untuk kampung tu. Walau mcm mana pun, ada jugak sumbangan aku terhadap mak angkat yang selalu tolong dia kat dapur.hahaha. X la bnyak sangat. tapi ada. hehe. Apa-apa pun, sangat ENJOY walaupun penat.
3 orang bagi pendapat:
bestnyer.. ckj dulu masa kat PLKN pernah juga join aktiviti family angkat ni.. memang tak tau nak buat apa kat rumah mak angkat tu.. kata nya dorang tak tau nak bagi kerja apa.. last2 kite orang bersihkan laman rumah dia.. tapi ckj pun sehari je.. :)
good luck untuk test lepas cuti ni ea.. hehe..
*adeh tertekan anonymous pula! huhu..
@Cik Kay Jue
bestkan ada keluarga angkat? rs mcm nak join lg nnt. hehe
Post a Comment