Malam nie aku nak jawab soalan dari Kay Jue Blog. Thank you sebab tag. Dah lama nak buat entri untuk jawab soalan nie, tapi asyik tertangguh je sbb banyak assignment yg perlu dilunaskan segera sebelum aku ke PD minggu nie. hehe. alhamdulillah malam nie sempat jugak aku mengupdatenya.
Soalan dari CKJ
1) Apa yang korang nak dalam dunia blog?
- Actually, first time buat blog, hanya suka-suka jer. ye lah, bila tgk org lain ada fb, kita pun dok sibuk nak buat fb, ada twitter, cepat2 kita g sign up wat twitter lak ( ada twitter, tp x aktif pun ). Mcm tu gak ngan blog. Masa tu, kawan yg tlg buat kan blog nie. Dia yang tacap semua sbb masa tu x pndai lg nak mengedit blog. Bila dah lama, baru pandai edit sendiri. So, apa yang saya nak dlm dunia blog nie just nak melepaskan perasaan, berkongsi maklumat and kenal ngan kawan baru je. Lagipun, saya suka membaca entri2 yang best. Sbb tu la blog nie still wujud ( kalau x, dah delete dah )
2) Barang apa yang paling korang suka?
- Rantai tangan n gelang kaki. Rasa sweet je bila pakai.
- Kasut
Sama tapi x serupa. Antara pattern kasut yang saya suka n menjadi koleksi. Kalau koleksi saya, di bahagian hujung kasut tu, dia terbukak. Nampak sikit jari kaki.
3) Apa perkara best yang pernah berlaku dalam hidup korang?
Masa graduate diploma dulu. Nanti bila dah graduate degree, lg seronok rasanya.
4) Harapan untuk diri sendiri dan masa depan
Semoga dapat grad on time. Then, dpt keja bagus2. bleh kumpul harta banyak-banyak.hehe. tu sume duniawi jer. Untuk ukhrawi, harap dapat menjadi seorang muslimah yg lebih baik di masa akan datang.
2 orang bagi pendapat:
welcome awak.. thnks juga sebab sudi menjawab soalan CKJ :)
sama la dengan CKJ tujuan masa mula-mula buat blog suke2 je.. then sekarang rasa macam nak serius .
CKJ pun suke gelang. siap ada bekas khas untuk gelang je. >_<
hehe..ye ke? citarasa kita sama .
Post a Comment