Single VS Couple masa study.Mana lagi baik?

Salam semua readers yang kusayangi..


apa khabar?sihat ke semuanya..harap-harap sihat dan x ada yang masuk hospital akibat kekenyangan makan kuih raya yang tak abeh-abeh lagi tu..hari nie, aku nak menulis entri berkenaan tajuk yang tertera di atas. 'Single VS Couple masa study.Mana lagi baik?'. Tahu ke single tu maksud apa ? couple  maksud apa pulak? Single and couple adalah perkataan dalam bahasa inggeris. Dalam Bahasa Melayu single bermaksud tunggal ataupun satu manakala couple bermaksud pasangan. Terima kasih Google Translate kerana memberikan aku makna ini...hehe..


Kalau single masa study apa kebaikannya?mesti korang tertanya-tanyakan, ataupun semua orang dah tahu..kalau dah tahu tu, korang buat2 tak tahu jer la eh.teruskan membaca entri nie..



Kebaikan-kebaikan yang ada pada SINGLE :


1) Tak terikat dengan mana-mana perhubungan

 Maksudnya di sini korang bebas. Korang tak perlu bagitahu si dia kemana anda hendak pergi, apa yang korang tengah buat. Kalau bercouple, jap lagi ada la mesej masuk..' u tengah buat ape tu? dah makan? dah solat?u kat mane nie? u keluar nape tak bagitawu i? u keluar dengan sape?'..hai rasa macam dalam penjara jer kan..kalau selang 2, 3 hari x pe la jugak, nie kalau selang 2,3 jam tanya benda yang sama mcm mana tu? so annoying kan...



2) Berdikari

Ada sesetengah couple yang aku tengok dia terlalu mengharapkan pasangan untuk buat sesuatu..tambah kalau pasangan nie dalam satu kos yang sama atau kelas yang sama..apa lagi, ada jer assignment atau homework terus mintak nak copy..kalau bincang sama2 x pe la jugak..nie tak, kadang2 tu cakap jer nak jumpa kat situ sini la nak bincang pasal assignment, last2 bincang hal lain...out of the topic terus !


3) Jimat

Kalau single, kita x de sapa2 sangat nak kol nak sms..kredit yang ada tu mungkin untuk kol mak ayah, adik abang atau kakak, atau kawan-kawan..tp kalau dah kapel nie, kalau boleh tiap-tiap malam nak bergayut ..kalau x bergayut nanti rindu..tahu la sekarang nie mcm2 pelan ada..pelan U untuk celcom..murah !..lg murah kalau buat 8 pax..untuk pelan Hotlink aku x tahula pulak n Digi lagi x tahu..murah pun tp kalau tiap2 hari, cpat jugak abeh kredit tu..


Kebaikan yang ada pada COUPLE

1) Lepas grad kalau dah ada keja, harta pun cukup boleh terus kahwin.

Aku teringat lagi masa di kelas networking, lecturer network aku cakap, kalau nak cari pasangan lebih baik cari siap-siap masa tengah study terutamanya yang perempuan. Sebab apa dia cakap macam tu? sebab dia seorang lecturer..ada master..katanya sekarang nie bilangan perempuan berpendidikan tinggi lagi banyak berbanding lelaki..kalau perempuan ada master, mesti nak cari lelaki yang ada master jugak ataupun lebih tinggi dari tu kan?so, masa study nie lah nak cari pasangan yang sepadan..dalam hati aku, ada benar katanya..




2)Dah faham perangai masing-masing.lepas abeh study boleh kawen terus.

Bila dah berkawan lama, mesti baik buruknya semua dah tahu..kalau dapat terima semua kelemahan setiap insan, insyaallah hubungan akan berpanjangan n if ada jodoh boleh kawin terus..



Ok dah..aku nak stop dah...aku x nak tulis panjang-panjang..korang jangan ambik serius sangat apa yang aku tulis tu..bagi aku semua nie, depend pada setiap orang..semua ada pendapat berbeza n perangai manusia juga x sama..orang kata rambut jer sama hitam tapi hati lain-lain...



p/s : aku teringat kata-kata sinetron dalam Amanah Dalam Cinta tadi..'Tuhan beri kita 2  mata, 2 telinga,2 Tangan, 2 kaki..tapi kenapa Tuhan beri sekeping hati sahaja?sebab sekeping hati lagi ada pada pasangan kita'.



13 orang bagi pendapat:

Yayan said...

oh yeah .. nice post dear .. yes , i masih belajar dan i ade bf .. tp kami jauh .. sy di terengganu , dy di melaka .. everything goes well .. yg penting saling memahami .. btw , i xrase i terikat .. sebab kitorg same2 bz .. kadang2 xmsg seharian pn its ok .. yg penting saling memahami dan percaya ..pandai2 jaga diri .. sy pn bukannye rajin sgt nk report ape i buat dlm sehari tu .. nk touching ? lantak kau lah situ .. hahahaha .. tp dlm hati sayang wooo .. :)

‎: Aku mahu pendapat korang ! Mari-mari handsome and beautiful blogger , sila bagi idea anda ..
http://izyannadira.blogspot.com/2011/09/kawen-awal-apa-kata-anda.html

Fyza Lovato said...

bagi sy kalau nak kaple masa study pilih lain kampus kot.hehe

Dalila Diela said...

@Yayan
owh..ok la macam tu..saya pun suka jenis yang x selalu report2 nie..rasa mcm di kongkong..hehe
btw, semoga perhubungan yayan dan bf berkekalan..:)

Dalila Diela said...

@FyzaLovato
yup betol tu..setuju2..kalau bercinta satu kampus, bosan asyik dok tgk muka dia selalu jer..hehe

anakpakcikali said...

saye ade sesorang.die jaoh kat johor.saye kat selangor.kiteorang tak pernah jumpe.jumpe sekali.tapi dengan family.and kitorg mmg x nak jumpe sampai lah kalau ade jodoh di satu kan nanti.insyaAllah.pasal ni pun tak mengganggu pelajaran saye setakat ni.hehe. ;)

Shorim Kasih said...

seharian tak online, bru malam ni dpt online...

anyway, masa dulu dptlah juga merasa dua2 tu..haha..single n couple..lah ni xtaulah nk kata apa..single atau couple..confuse...huhu..

suka ayat, semua dicipta 2 tapi hati 1 sahaja sbb ada pada pasangan.. tp siapakah gerangan???

merahitujambu said...

banyak kebaikannyaa..tapi bila ada kekasih ni banyak membantu jugak..=p

jom buat kek untuk saya

http://merahitujambu.blogspot.com/2011/09/saya-nak-buat-kek-untuk-merahitujambu.html

Dalila Diela said...

@sitihanisahali
hehe..baguslah kalau mcm tu..jumpa slalu msti bosan nant..hehe
btol tu.utamkan pelajaran eh..

Dalila Diela said...

@Shorim Kasih
haha..siapakah gerangan untuk hati yg ke 2 tu belom jumpa lg..hehe
insyaallah satu hari nanti
hehe

Dalila Diela said...

@merahitujambu
btol tu...depend pd diri masing2..:)

Rean said...

betul gak tu, klau single xdelah asyik habis kredit je kan?hehe duit beli buku kekdg pun guna utk beli topup hahaha

Kesah Hujung Jari said...

suka gila dkt nota kaki bawah 2.. ^^

[sutera kasih] said...

kalau boleh diputar masa, sy nak single zmaan study..mungkin akan lebih bahagia & menikmati zaman belajar with friends :)

itu pndpt saja..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...