Salam..
Pejam celik pejam celik lagi satu hari jer tinggal sebelum aku kembali ke kampus pada hari ahad nanti. 4 bulan cuti terasa macam 4 minggu jer ..malas la weh.tu la, tak boleh nak bagi cuti lelama ni..kan penyakit malas tu dah melekat...aku percaya ramai yang dah pulang ke kampus walaupun start kuliah hari isnin, 12 September..awalnye korang balik?semangat eh?..kalau ada saki baki semangat korang tu, boleh la transfer kat aku sikit..aku jer yang kalau boleh tak nak pulang hehe..tapi tak boleh la kan, nanti korang ada degree, aku tak de degree..jeles la aku kalau macam tu...
by the way, petang tadi ada la sikit aku membeli-belah apa2 yang patut..barang-barang yang diperlukan semua dah beli...cuma belum packing ke dalam beg jer lagi..insyaallah, akan packing tomorrow..
Untuk pengetahuan korang jugak, dalam masa 4 bulan cuti nie la aku mula aktif dalam berblogging nie..aku mula buat blog pada 10 Februari 2011..masa tu aku tengah praktikal n aku tak aktif sangat dalam menulis entri, tak aktif blogwalking, join segmen or contest n jarang komen di blog orang lain..tapi semenjak adanya cuti 4 bulan nie, aku sangat rajin untuk join segmen ataupun contest sehingga follower aku boleh jadi sampai seratus lebih..haha...mesti korang akan kata,'100 lebih jer? tu pun nak kecoh?'..aku tahu korang semua dah beribu-riban ( ayat blogger yang aku pelajari..orang guna, aku pun nak guna )..tapi, aku berbangga walaupun seratus jer..sekurang-kurangnya ada peningkatan berbanding masa aku tak aktif dulu..tak salah aku, follower aku sebelum 4 bulan nie, dalam 22 orang jer..
Selain itu jugak, aku dapat kenal dengan ramai blogger-blogger lain..kat situ, aku start pelajari kategori blog macam mana yang orang suka n tak suka...pendek kata, banyakla yang aku pelajari tentang dunia blog setelah aku aktif nie..
Tapi bagaimana pulak selepas nie? adakah aku akan rajin untuk update blog, komen di blog orang lain, rajin nak join segmen ataupun contest?aku pun tak tahulah..we will wait n see..hehe
p/s : aku belum buat lagi kek untuk cik MerahItuJambu..tak tahu sempat ke tak aku buat sebelum aku balik kampus..
2 orang bagi pendapat:
hehe. biasalah tu. goodluck tau! :D
masa sy stdy dulu, blog mmg agak jarang berupdate & bW pun jarang..pendek kata, mmg jrg care la dgn blog..lepas dh hbs blaja baru la dpt spent time lebih dgn blog :)
Post a Comment