Luahan Perasan Memalam Buta

Makin hari rasa kita makin jauh. Tapi memang kita jauh pun. Dah lama x jumpa. Mungkin sebab jauh n jarang gayut menyebabkan awak bosan dengan saya. Saya dapat merasakan hal tu. Banyak kelemahan yang ada pada diri saya. Mungkin saya jenis x berdikari, suka mengharapkan orang lain. Mungkin saya bukan jenis taste awak. Saya x bekerja hebat mcm awak.



Saya x tahu awak kat sana buat apa. Kadang-kadang saya terasa hati, saya diam. Saya x nak merajuk. Saya x nak susahkan hati awk. Sekarang ni, bila wassap ikut mood awk je nak reply mesej saya ke x. Saya balik keje malam n penat pun, saya boleh reply mesej awak lagi. Cuma satu je saya harap, kalau awak dah bosan n dah ada pengganti, please bagitaw saya. Saya akan terima. Tolong jangan bagi saya harapan.



My Life 2014

Salam semuaaaa....

Lama betol blog nie x berupdate. See. Hari ni terasa nak menulis n nak luahkan perasaan kat sini. Bukan apa, baru semalam boleh bukak blog nie sebab lupa password. haha. Dah lama x bukak sampai lupa la kan. Naseb baik ingat balik.


Dulu blog nie ditulis as a student. Alhamdulillah, sekarang dah graduate n bekerja. Kerja pa tu? Haha. Biarlah rahsia. Janji kerja yang baik n halal kan. hehe. Btw, jeles sangat2 dekat kawan2 yang bakal menjadi cikgu sebab tu cita-cita aku. Tapi nak buat mcm mana, bukan rezeki dalam bidang tu. Mana taw satu hari nant. We don't know kan. hihi.


Umo dah 24 tahun. Sorang demi sorang kawan dah kawen n tunang. Next, 2 Ogos ni aka lepas raya Cik Yanna Yunn (rumate masa degree) pulak nak tunang. Aku?? haha. We don't knowww. Only Allah knows kan. hihi. Hanya mampu usaha, doa n tawakal. Ok laaa. Malas nak tulis panjang2. Klu rajin, malam nie nak post lagi. hehe. Btw, SELAMAT BERPUASA semuaaa. 

Blog Ber'update' pada hari Malaysia

Salam semua. 

Ni post yang ke 2 dalam tahun 2013 nie. Sejak dua menjak nie rasa malas nak update blog. Nak update apa pun x taw dah. Nak tulis entri pun x reti dah. Untuk pengetahuan semua (bajet org nak taw pasal aku), aku sekarang tengah sem praktikal aka sem terakhir untuk degree nie. InsyaAllah dlm bln 12 nie tamatla praktikal then, dapatla Bachelor in Computer Science. 


Hari nie cuti sempena hari Malaysia. So, aku boring x taw nak buat apa hari nie. Lepastu, tergerak hati nak buka blog. Bila buka blog, aku baca balik post2 lama aku. Dalam hati dok kata, 'best jugak entri-entri aku dulu' (haha. masuk bakul angkat sendiri). Teringat dulu-dulu aku sgt aktif dalam berblog. 1st year berblog entri sampai seratus lebih. 2nd year entri makin berkurangan x sampai dua puluh. 3rd year lagila kurang. Mcm mana plak next next next year, mungkin blog nie kosong jer. Entahla. Ikutla kalau tuan blog nie masih ada rasa sayang kat blog nie. hehe.


Perkembangan sekarang??? (ada ke orang nak taw)

Seperti yg tertera di atas, aku tengah praktikal sekarang nie. Masuk hari nie baru 2 minggu aku praktikal kat WhiteGroup Media nie. Ada lagi 12 minggu sebelum aku tamatkan zaman bujang. Eh, tersasul pulak. zaman belajar.


Apa yang aku buat kat WhiteGroup ni???

Kat WhiteGroup nie diorang buat website, grafik n fotografi. Untuk kos aku nie, kena wat website or online system. Sekarang nie dah da task. Aku n 3 rakan yg len kena bergabung tenaga untuk siapkan satu online system daripada kementerian pelajaran. Hope dapat buat yg terbaik.


Nak tempek gambar sket. Jom laaayyaann...


Ada je kerusi n meja untuk kami. Tapi waktu nie dah petang. Badan pun dah lenguh2. Buat keja atas sofa bleh relax2 kan badan.






Kenangan Terindah

Salam ..

 Lama benar aku x bukak blOg. Tengokla, belum ada lg post untuk tahun 2013 walaupun hari nie, hari terakhir dalam bulan Januari 2013. Kadang-kadang tu teringat jugak nak remove jer blog nie. Dah malas nak menulis kat cni. hihi. Tapi, x remove2 jugak. Sayang kot. x sangka ada lagi yang sudi jenguk2 n melawat walaupun x de yang berupdate. Thank yOu sudi baca post2 lama aku nie.



Sekarang aku ada kat rumah bagi menghabiskan cuti semester 5 yang bermula pada 22/1 hari tu. Lebih kurang seminggu dah cuti. Dok umah cuti2 cam nie, keja makan tido makan tido je la aku nie. hihi. X macam cuti semester 4 sem lepas. Aku ngan 4 orang kawan-kawan yang lain buat intersesi di UiTM S.Alam. subjek yg kami ambik ialah subjek QMT437. Alhamdulillah sem 5 nie, agak ringan n boleh dikatakan banyak relax jugak. Relax2 jugak, tapi result xtaw lagi mcm mana. Hope cemerlang lagi terbilang. InsyaAllah.



Then, bila dah cuti cam nie, teringat balik masa intersesi sem lepas. Best sgt. Walaupun banyak kenangan manis, tapi still ada kenangan pahit. hihihi. Selain buat intersesi, dapat jugakla keluar n menghabiskan masa bersama si dia yang x balik bercuti dan bekerja sambilan di sana untuk menemani aku membuat intersesi. Wahhh..



Best sangat masa tu. Masa intersesi tu, ialah bulan puasa. 1st day aku kat sana, kitorang sampai dalam pukul 5.30 ptg. Waktu tu, pejabat kolej pun dah tutup. Kitorang x dapat nak ambek kunci bilik. So, alamatnya menumpang di bilik org len. Then, nak bukak puasa, x taw nak beli makanan kat mana. memandangkan masa tu, x de kedai dlm UiTM yg bukak lagi. Nak beli kat luar penat nak jalan kaki sebab kami sorang pun x de kenderaan. Then, ambik keputusan kol si dia tolong belikan makanan untuk berbuka. hihi. Untung2 ada org tolong beli makanan. Lepas tu lak, dalam pukul 11.00 mlm, si dia akan menghantar makanan untuk sahur ikut apa yang aku ngan kawan-kawan pesan. Menu yang aku selalu pesan untuk sahur ialah mee goreng mamak. Xtaw nape, bila sampai jer s.alam terasa nak makan mee grg mamak. Slalu tempat2 lain x de plak nak order menu tu. Ish, pelik3.



Sampaila hari2 yg seterusnya, si dia x jemu2 menghantar makanan. Thanx So much.... Bila hari minggu lak, klu dia x keja, kitorg akan keluar bersama-sama. slalunya aku akan bawak kawan-kawan aku sekali la. Best g jalan ramai-ramai. Buka puasa dekat Klang menu ikan siakap 3 rasa, tom yam campur, telur bistik dan kailan ikan masin. Aku kenyang sgt sampai esok tu sakit perut n demam. Si dia gelabah bila dapat taw aku demam n sakit perut. Terus dia ajak g Unit Kesihatan UiTM S.Alam. Mula2 tu agak berat sebab aku nie jenis yg x suka g klinik or hospital.  Sampai sana aku kena masuk wad sementara la gara-gara x cukup air dlm badan. X pasal2 kena tambah air dlm badan. Nie 1st time demam kena sampai macam tu.



Sempat lg dia tangkap gambar masa aku kena masuk air dalam badan.



Si dia bawak kitorang g icity, main snow walk. Bila masuk snow walk tu, ingat kebal la sgt  x pakai kasut yang bertutup. Last2, x tahan sejuk dan selalu jatuh gara-gara kasut yg aku pakai tu licin. Ais pun bnyak melekat kat kaki sampai kaki aku kejang dan susah nk berjalan. Si dia la yang slalu buang ais dekat kaki aku yg melekat. Thanx so much again.






Banyak sangat si dia bawak g jalan2 masa aku kat S.Alam. Antaranya, icity, setia alam, putrajaya (bg makan ikan), uptOwn (beli belah sebelum balik raya), Taman tasik S.alam (makan kopok lekor n ais kacang). huhu. Mcm nak wat intersesi lg lak rasanya. hehe




Berbuka puasa di luar. At Klang. X ingat nama restoran.




At Setia Alam City Mall. Bersama kawan-kawan rapat.


Final Year Project (FYP)

Salam semua warga blog.  Hampir 5 bulan blog nie x berupdate. Malam nie tetibe rasa nak buka n menaip di sini. Maaf la ye, nak buat ayat pun dah x pandai. Rasa mcm tunggang terbalik jer nie. Mlm nie terasa nak menaip di sini sebab hepi sangat2 esok boleh balik kampung. Start esok, bermulalah cuti mid sem. HoOray!


Dah hampir sebulan lebih aku berada di sem 5. Untuk sem 5 nie, hanya 2 paper menanti untuk final exam. Lg 4 subjek x de final. Agak relax! Tp subjek yg paling menakutkan utk sem nie dan sem depan ialah CSP600 iaitu subjek untuk Final Year Project. Takut beb! Setiap kali teringat je subjek nie, terus x lalu nak makan, tido x nyenyak, mandi x basah. Ayat ala2 bercinta!. Sory Mohd asery sem nie saya bercinta dengan FYP. Sila jgn jeles ye. hihi.


Cakap pasal FYP, pe tajuk yang aku pilih?Tajuknya, 'Female Shoes Size System Based on Foot Measurement'. Sedikit pasal system yang aku nak buat nie. Sistem nie lebih kepada image processing and apply teknik baru iaitu teknik AI. Sistem ini akan tentukan saiz kasut yang dipakai oleh seseorang melalui imej kaki yang akan diukur panjang dan lebarnya oleh sistem ini. Acaner tu nak buat??Pe coding2 yang nak guna? Pening3..Tajuk nie diberi and difikirkan sendiri oleh supervisor aku. Ahh, takut giler nak develop sem depan. Hope berjaya n berjalan dengan lancar.

P/S : SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA !! SEMUaaaaa....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...