Anda di Tag

Selamat malam semua.

Malam nie aku nak jawab soalan dari Kay Jue Blog. Thank you sebab tag. Dah lama nak buat entri untuk jawab soalan nie, tapi asyik tertangguh je sbb banyak assignment yg perlu dilunaskan segera sebelum aku ke PD minggu nie. hehe. alhamdulillah malam nie sempat jugak aku mengupdatenya.

Soalan dari CKJ

1) Apa yang korang nak dalam dunia blog?

- Actually, first time buat blog, hanya suka-suka jer. ye lah, bila tgk org lain ada fb, kita pun dok sibuk nak buat fb, ada twitter, cepat2 kita g sign up wat twitter lak ( ada twitter, tp x aktif pun ). Mcm tu gak ngan blog. Masa tu, kawan yg tlg buat kan blog nie. Dia yang tacap semua sbb masa tu x pndai lg nak mengedit blog. Bila dah lama, baru  pandai edit sendiri. So, apa yang saya nak dlm dunia blog nie just nak melepaskan perasaan, berkongsi maklumat and kenal ngan kawan baru je. Lagipun, saya suka membaca entri2 yang best. Sbb tu la blog nie still wujud ( kalau x, dah delete dah )



2) Barang apa yang paling korang suka?
  • Rantai tangan n gelang kaki. Rasa sweet je bila pakai.
  • Kasut
Sama tapi x serupa. Antara pattern kasut yang saya suka n menjadi koleksi. Kalau koleksi saya, di bahagian hujung kasut tu, dia terbukak. Nampak sikit jari kaki.


3) Apa perkara best yang pernah berlaku dalam hidup korang?

Masa graduate diploma dulu. Nanti bila dah graduate degree, lg seronok rasanya.


4) Harapan untuk diri sendiri dan masa depan

Semoga dapat grad on time. Then, dpt keja bagus2. bleh kumpul harta banyak-banyak.hehe. tu sume duniawi jer. Untuk ukhrawi, harap dapat menjadi seorang muslimah yg lebih baik di masa akan datang.








Updated !!

Salam semua..

Ptg nie menulis dalam keadaan mood yang suka sebab kelas ptg nie cancel, ditambah dengan cuaca yang sejuk disebabkan hujan lebat kat luar tu ditambah pulak lagi dengan suasana yang romantik sbb bilik nie gelap jer x pasang lampu. Cahaya matahari pun x de coz kat luar hujan.



Terpikir-pikir jugak aku nak tulis apa kat entri aku nie. Memang x de idea. Tp mood nak buat entri baru tu ada sbb aku dah jarang update. Tgk la kat blog archieve aku tu , untuk tahun 2012 nie cuma ada 2, 3 entri je. Untuk bulan Mac lak, baru ada 1. Hehe. Aku tabik dekat blog-blog yang sentiasa berupdate. Tambah-tambah blog yang x sampai selang 2 3 jam, dah ada entri baru. Ada jer idea diorang nak menulis. Dah la selalu update, entri lak gempak2 jer. Jeles weh. Kadang-kadang terpikir, diorang nie duo puloh empat jam dok ngadap blog je ke? kehehe



Ada ke yang takut nak datang blog nie? ye la, takut berhantu ke ape sbb risau x berpenghuni. Dun wory, be hepi k sbb blog nie sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda untuk meninggalkan jejak di shoutbox. Sape2 yang tinggalkan jejak, mmg slalu aku lawat blog dia balik + stalker + comment mana yang patut. For your information lg, even x update apa2 entri, aku slalu bukak blog nie tgk entri mana yg best untuk di baca di blog anda - anda semua. So, don't serik dtg cnie ye.


p/s : anyway, aku dah bosan dengan interface blog nie. mencari masa yg sesuai untuk melakukan perubahan. fullstop!


Planning the weekend

Salam


Bosan sangat2 petang nie. nak tido, mata x ngantok. nak buat assignment, x de mood ! nak study, malas. Abeh tu nak buat ape? nak tgk tv x de cite best. huhu. So, bukak la blog. Teringat minggu lepas, sempat lagi aku balik makan kenduri umah mak ngah aku.anak dia aka sepupu aku kawen. Seronok dapat balik wlupun sekejap. Terover sekejap, mcm x pnh balik umah.



MELETOOP !! BoOmM BoOm keBabOoM

Hujung minggu nie x de plan nak g mana2. Bosan sungguh!~ Terasa mcm nak pegi kelas pulak. Minggu depan insyaAllah plan aku, housemate n classmate nak g Ipoh. Mcm bese aktiviti kitorang kat cnie mesti shoping2 + tgk wayang. Nak tgk cite ape eh kat wayang? any idea, please share.hihi. Ada classmate lak ajak mkn steamboat ramai2. Tp x decide lagi bila nak peginya. Entah jadi entahkan tidak.



And then, next two weeks, again aku n classmate join aktiviti kelab scuba untuk g port dickson. 2 hari 1 malam aku kat sana nnt. Actually, aku x pnh lagi jejak kaki kat port dickson. sedih kan? Bila ada aktiviti mcm ni, dapat gak la merasa g PD. And aku jugak x pandai berenang apatah lg nak scuba diving segala bagai. so, pegi nie just dengar penerangan and x taw la diorang bagi peluang nak dive or x. Bila dipikirkan balik, takut ooo nak dive bagi orang yang x de pengalaman nie. Hope jugak waktu nie x banyak assignment or Quiz. Boleh enjoy sakan nant. hehe. Enjoy !~



p/s : Planning the weekend or The weekend planning?pening nak letak which one. Tu la tajuk nak omputih jaaa..

Result Exam:Biasa-biasa sahaja. Tapi, syukur alhamdulillah

Sejak semalam dah penuh status-status kawan aku kat fb pasal result yang keluar hari nie. Ada yang gembira yang mengucapkan syukur pada Allah n ada jugak yang sedih. Result aku? Cukup aku katakan aku bersyukur apa yang aku dapat. Benda yang aku tak ingin dapat n tak ingin tengok tidak ada dalam slip result yang aku terima melalui emel. Syukur alhamdulillah. Bukan kata sangat berpuas hati dengan result ini, tp mungkin aku boleh mencuba sedaya upaya yang boleh lagi agar dapat yang lebih baik n lagi terbaik daripada ini.




Aku nak bagitawu yang sebelum result first sem untuk degree nie keluar, aku memang gementar lain macam bila nak tawu result yang aku akan dapat. x taw kenapa. Sebenarnya, risau sangat dengan subjek MAT 423. Masa aku menduduki subjek nie, aku x rasa yang aku dapat buat dengan baik. Sebabnya, masa x cukup sebab soalan agak susah bagi aku la. aku banyak fikir panjang sebab tu masa x cukup. Lepas tu, buat pun macam kalut-kalut n agak berserabut. And yang paling x best sekali adalah aku dapat tempat duduk paling belakang masa wat subjek nie. Macam x selesa sikit la. Pas tu plak, dah x cukup masa ada jugak soalan-soalan yang x sempat dijawab. Waktu nak hantar kertas tu, dalam hati tawakal jer la.




And at last, dapat result td bersyukur sebab result Mat tadi x de la seteruk yang aku sangkakan. And the most important is, aku LULUS. Subjek2 lain, alhamdulillah syukur and pointer pun biasa-biasa sahaja. 3 pointer ke atas, but not in dean list. Akan buat yang lebih baik untuk next sem ! insyaAllah !

12 Feb 2012 !

Salam semua.



Petang nie tergerak hati nak buka blog. Bila buka blog terasa macam nak menulis. Skg tengah cuti sem. Dah hampir sebulan dah cuti. Tinggal 2 3 minggu lagi start sem baru. Sem baru start 5/03 nie bagi student UiTM. Result exam sem lepas pun x keluar lagi. Takut jugak. Harap result OK ! please. . . aminn.



                                                                                                                             * entri pendek . . sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...