Gambar Pre Konvo & Konvokesyen UiTM ke-75

Salam semua.....


Alhamdulillah...dah selamat konvo untuk diploma...degree lambat lagi..kena tunggu 2 tahun lebih lagi..so, adala sedikit gambar yang nak dikongsikan..


Gambar PreKonvo di Taman Jepun dan Gunung Lang

















Gambar Konvokesyen UiTM Ke-75















---> The end !~ <---

p/s : terima kasih kepada 'dia' kerana sudi datang. 

Apa kena mengena KLIP 3GP + Konvo + Taman Jepun?

Salam semua...

Dah lama aku x update..actually entri nie sepatutnya ditulis dan dipost pada minggu lepas...tp disebabkan kemalasan yang melanda serta masa yang tak mengizinkan, so baru ari nie aku dapat menulis entri nie...banyak keja yang belum disiapkan lagi ...3 keje group dan 2 keje individu...agak  busy jugak la minggu lepas n minggu nie...


Walaupun banyak keje yang kena buat minggu lepas, sempat lagi aku keluar bersama housemate aku yang tersayang..sebenarnya, kitorang keluar ada tujuan..bukan saja2 jer nak keluar...tujuannya adalah nak mencari baju konvo..hahaha...semangat betol kami satu umah nak konvo sampai beli baju baru..hehe..mestilah kan?korang pun mesti sama jugak kan?ingat  masa raya jer nak pakai baju baru...padahal masa konvo nanti pakai jubah, x nampak pun baju baru tu...buat pe nak membazir duit..bagi aku x de la membazir pun, sebab bukannya selalu aku nie shoping-shoping baju...


Susah jugak aku nak mencari baju disebabkan ketiadaan size yang kecik...ada jer size S ataupun XS, tp size S pun mcm  L jer..besar !..sebab tu la aku jarang nak beli baju yang dah siap...selalu tempah jer kat kedai...ukur badan sendiri..senang !..at last, dapat jugak la aku beli baju...itu pun, x fit sangat la dengan badan aku.tp bolehla nak pakai..x de la besar sangat...


Alang-alang keluar tu, kitorang pun decide la nak tengok wayang..citer yang kitorang tengok ialah KLIP 3GP dengan tagline Gerun, Ganas, Ghairah..apa yang boleh aku cakap, memang GERUN ! memang GANAS ! memang GHAIRAH ! Gerun, Ganas, n Ghairah cara filem Melayu la..memang la kalau nak ikutkan citer omputih ada yang lagi gerun...Gerun tengok aksi Faralyna dirogol, Ganas tengok Sabhi Sadhi n Zahiril Adzim dibunuh, Ghairah tengok Mimi (ONE) berlakon (orang kata, aku x kata)..hehe..


Pas jer setel beli baju n tengok wayang, destinasi seterusnya adalah ke Taman Jepun..nak balik awal lg...so, singgah la dulu kat Taman Jepun area2 Ipoh nie..xtawla nape dia letak nama Taman Jepun.padahal aku tengok mcm taman biasa jer.bila kat Taman Jepun tu aku x terasa mcm kat Jepun pun...sempat la berphotoshoot sikit..hehe


* Short entry di petang hari

Salam..


Cuti 3 hari ( Jumaat, Sabtu, Ahad )



Kerja atau assignment yang ada untuk dibincang minggu depan
  • MAT 423 - lebih kurang 10 soalan
  • MAT 422 -lebih kurang 6 soalan
  • CSC 510 - 4 soalan
  •  
    Yang berjaya disiapkan sehingga ke petang ni
    • MAT 422 : COMPLETE  
    • CSC 510 : COMPLETE

    MAT 423 INCOMPLETE ! baru siap 3 soalan , yang lain2 bila nak buat??? aduhai...maybe malam nie...hehe



    apa yang aku buat cuti 3 hari nie?


    Jumaat
    * pagi : keluar pegi bank islam bayar yuran konvo
    * petang : tido sebab penat
    * malam : tengok citer BINI-BINIKU GANGSTER bersama housemate + gayut telefon dengan *****



    Sabtu
    * pagi : study Math + buat assignment
    * petang : online..bukak blog + fb
    * malam : tengok tv + YM dengan *****



    Ahad
    * pagi : basuh baju + online
    * petang : study + tido
    * malam : STUDY KOT..



    Esok Isnin, gi kelas dari pukul 8 pagi sampai 4 petang...non-stop ! Selasa.x de kelas langsung untuk minggu nie...lecturer semua ada hal..











    Save The Date

    Salam semua


    hari nie hari jumaat aku x de kelas....seronok la boleh cuti 3 hari campur  sabtu n ahad...seronok sangat cuti...boleh bangun lambat, boleh relax2 kan otak tp yang penting boleh bukak blog n update...



    Penghujung bulan Oktober nie, aku ada satu majlis besar nak kena attend nie..wah..besar sangat ke? bg aku besar la jugak sebab selama 3 tahun berhempas pulas, bersengkang mata untuk mendapatkannya...ingat senang ke weh?bnyak cabaran yang kena lalui, ada manis, pahit, masam n segalanya la..



    Ok..kawan-kawan yang terlibat tu yang study di UiTM Perak dulu, mari sama-sama kita SAVE tarikh nie...

    27 OKTOBER 2011

    ISTIADAT KONVOKESYEN UITM KALI KE-75

    DI DEWAN SERI ISKANDAR, UITM PERAK

    SIDANG 1-7.30 PAGI
    SIDANG 2 -12.30 TENGAHARI


    aku terlibat dalam sidang 1 pukul 7.30 pagi...so, kenala siap awal2 pagi...


    RAPTAI DAN PENGAMBILAN JUBAH PADA

    25 OKTOBER 2011

    DI FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN MATEMATIK


     Tahniah pada semua kawan-kawan n blogger-blogger yang akan graduate ataupun dah graduate...pada yang lambat lagi nak grad tu, sabar2 la yer..akan tiba hari korang pulak nanti..



    Lama x BW+ Lama x UPDATE = RINDU BLOG

    Salam semua warga blog....



    apa khabar? harap sihat la yer.. dah hampir 2 minggu aku x dapat nak update blog nie yang dipenuhi dengan sawang-sawang..agak bz la..kelas pun pack..tiap2 hari dari hari isnin sampai khamis keluar rumah pukul 8 pagi n then sampai rumah balik dalam pukul 5 petang..dah macam pegi keje dah...sampai jer pukul 5 petang tu, rehat2 jap...mlm pulak aku ambik masa untuk study + buat assignment ...so, x de masa sangat nak menulis blog nie..




    Nape aku rindu sangat kat BLOG nie?



    1) Nak BW.

    Macam dulu2 yang pernah aku buat...suka melawat blog2 lain sambil tinggal jejak..begitu juga blog yang meninggalkan jejak di blog aku,  pasti aku akan cepat-cepat tekan link diorang untuk melawat balik...tp sekarang nie, agak lambat sikit la nak melawat korang kembali..walau bagaimanapun, aku akan cuba melawat blog korang balik...



    2) Lama x join CONTEST or SEGMEN or BLOGLIST


    Dulu-dulu aku sangat rajin mengjoinkan diri dalam contest, segmen atau bloglist yang dianjurkan oleh blogger-blogger lain...seronok rasanya sebab bila join benda-benda mcm nie, ramai la yang akan datang blog aku di samping dapat menambah follower...beberapa bulan yang tak bepe nak aktif nie, follower aku static jer...x naik n x turun..terima kasih follower-follower ku sekalian...



    3) Lama x dapat nak KOMEN di blog korang

    Dah BW pun x, mcm mana nak komen kan...insyaallah, kalau ada masa aku akan komen di blog-blog korang  balik eh... 


    p/s : mendoakan dia bahagia selalu. semoga dia mendapat KEBAHAGIAAN DALAM PERPISAHAN.







    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...