Selsema..Oh! TIDAK!!

Salam semua..

Dua tiga hari nie aku tak aktif sgt berblog...tak aktif jugak untuk join segmen, contest, atau tulis apa-apa entri..ada ke org tunggu n nak baca entri aku?haha..mesti ade kan..sila jgn perasan cik Dalila Diela..wlupun tak aktif, tak berblog walking semua, bila tengok dekat jumlah pengunjung still ada yang sudi datang singgah cnie tinggalkan jejak semua..ada yang follow jugak..thank you banyak2 sbb sudi datang di blog Dalila Diela yang x seberapa nie..

Dua tiga hari nie jugak la hujan turun berturut-turut kat umah aku nie menyebabkan aku sering mengigil-gigil mcm orang ketagihan dah jadiknya. tempat korang mcm mana?ujan turun x?...tolong aku weh !~..sape2 yang ada lemak lebih tu, boleh la kasi sedekah sini sikit supaya aku tak mengigil lg..disebabkan terlalu kesejukan aku dah selsema nie...huwaaaa !!..x syok la raya mcm nie..tp hujan tu kan rahmat..syukur-syukur..sejuk-sejuk mcm nie, best kalau berselimut jer selalu..haha..sila jangan tiru aksi berselimut nie..



Btw, aku nak korang semua jagalah kesihatan yer ..nak dekat raya dah nie..bila  sakit, x best pulak raya nnt.. x de selera nak makan lemang, ketupat n rendang..lg satu jgn main mercun yer..nanti raya hilang pulak 2, 3 jari..x pasal2 pulak kan..

SEGMEN PECAH PERUT ALEPRIDZ

Salam..entri nie entri join segmen lg sbb dapat bnyak sgt tag daripada blogger2 lain...tQ yaa..sayang semua..kali nie di tag oleh merah hearty..

jawapan aku : "aku terhantuk taik kucing sebab aku perasan cantik"


anda teringin nak join? klik header alepridz..

tag :

p/s : bapak pedih jawapan yang aku kena.. huhu!~

"Segmen di mana anda beraya pada tahun ini bersama phat corner"

Salam semua..

Bukak jer blog hari nie, tengok dekat shoutbox ada orang tag untuk join segmen. terima kasih cik eddy kerana sudi meng tag saya..ada satu lg contest yang telah di tag oleh rakan blogger lain yang aku x sempat nak menulis entri contest tu lg..bz siket bila nak dekat raya dah nie..Tajuk segmen kali nie mcm tertera di atas..

if nak join jugak, klik banner di atas..tarikh tutup malam raya

Tahun nie, aku akan beraya di rumah aku sendiri di Kampung Begia yang terletak di daerah Kuala Muda. Lepas tu, petang raya pertama baru balik kampung di rumah orang tua mak ayah aku pulak.Kampung di sebelah mak, terletak di Daerah Yan. Nama kampung apa eh? jap nak ingat..ha'ah dah ingt dah..nama kampung ala2 buah terung..haha..Kampung Teroi laa... betol kan nak dekat sama nama dengan buah terung...hihi..Kampung di sebelah ayah pulak, di daerah Kota Setar..nama kampung, Kg.Batu 8 1/2..nak dekat Alor Setar dah..naseb baik kampung Batu 8..kalau kampung Batu 2 ? ( kubur )

p/s : saya belum berkahwin dan belum dapat merasa beraya di rumah mak mertua mcm cik Phat Corner.

Kuih raya tahun nie

Salam semua readers..

Hari nie penat pergi bershoping..ala, bukan shoping baju raya or kasut raya pun, tp shoping barang-barang nak buat kuih raya. baju raya ,kasut raya, langsir raya semua dah setel. yang x setel lg nie kuih raya..kalau x dak kuih raya nanti orang datang nak jamu apa pulak kan..esok akan bermulalah aktiviti membuat kuih-kuih yang telah di beli barangnya pg td..antara kuih yang telah di plan nak buat ialah Tat nenas, Biskut Nestume, Biskut Cornflakes, Almond London, Biskut Mazola n Semperit..

Mazola n Semperit adalah biskut wajib yang mak aku akan buat sebab ayah aku suka bebenor ngan biskut nie..tp aku x suka sgt dengan biskut mazola sebab antara bahan utama dia ialah kacang..aku anti sikit dengan kacang nie..x berapa nak suka kacang la..

Kalau ikut selera aku, aku lebih suka kek ..antara kek kegemaran ialah kek coklat lembap n kek pelangi resepi mak aku..

Aku ada nyatakan di atas kuih-kuih yang dah di plan nak buat tahun nie..so, kat bawah nie aku nak listkan dan akan tick kalau biskut yang aku dah plan tu siap di buat..


Tat Nenas

Biskut Mazola

Semperit

Biskut Nestume

Almond London

Biskut Cornflakes

Kongsi ilmu : scrolling upward text use marquee tag

Salam..ari nie Diela ada nak kongsi ilmu lg lebih kurang ala-ala tutorial la jugak..Tutorial yang Diela nak buat nie, masih lg menggunakan marquee text..kali nie Diela nak tunjuk mcm mana nak buat About me di sidebar bergerak ke atas..

contoh :





About me
nurdalilah binti mohtar
21 tahun
study di UiTM Perak








ok,kalau korang rasa teringin nak buat macam yang Diela buat kat atas tu, korang  ikut step nie k..

Langkah 1 : dashboard -> design -> add gadget ->html/javascript

Langkah2 : copy coding nie masuk dalam html/javascript..



<marquee bgcolor="#990099" direction="up" height="100" scrollamount="1" width="200">
<h5>
<center>

<br> About me</br>
<br>nurdalilah binti mohtar</br>
<br>21 tahun</br>
<br>study di UiTM Perak</br>

<br><img src="http://i.imgur.com/RiHVM.jpg" /></br>


</center>
</h5>
</marquee>



ok.dah siap? korang bolehla SAVE..


Tulisan PINK : korang ubah size ikut kesesuaian blog korang..
Tulisan MERAH : AYAT yang korang nak tulis
Tulisan HIJAU : URL image korang nak letak
Tulisan PURPLE : kod warna background pilihan korang

untuk image, korang boleh Upload kat SINI .dah siap upload, copy direct link ok..
untuk kod warna html for background, korang boleh tengok kat SINI

"SEGMEN:BLOG GUA BERAT TAK?"

Selamat malam semua..

malam nie nak join segmen daripada blog ini kisah Tia..Tajuk segmen :blog gua berat tak?


if nak join,klik banner di atas..tarikh tutup 21/08/2011 jam 2 petang

dah lama sebenarnya aku nak taw pandangan daripada korang tentang blog aku samaada berat atau tak..kalau aku yang bukak, aku rasa cepat jer loading..tp aku x taw bg pengunjung-pengunjung lain..so, bolehla  komen sikit tentang blog aku nie..kalau berat n susah loading, insyaallah aku akan membuang widget-widget yang x patut bg memudahkan semua pengunjung blog nie..



Kad Raya Dari Ujang

Salam petang semua..

Macam yang aku khabarkan kat title di atas, aku telah mendapat kad raya dari Majalah Ujang..kenalkan Majalah Ujang?alaaa..majalah lawak antarabangsa tu..x kenal ? alahai, majalah adik beradik MOY tu..hehe..hah, sekarang dah kenal kan, so jgn jeles yer..kad raya tu hanya special untuk aku sorang jer sbb aku selalu baca n beli majalah diorang. ,,korang x boleh dapat..jangan marah-marah nant cepat tua pulak..

apa?tak percaya aku dapat?kena tunjuk bukti..ok2..jom kita tgk kad raya dari Ujang..cantik oo...siap boleh berdiri lg kad raya tu..kreatif2..tak maw citer panjang, x sabar tunjuk nie..jap, sebelum tu, tutup mata dulu..

jeng jeng jeng

-
-
-
-
-
-
-
ok, bukak mata


tengok,siap boleh berdiri lg kan kad raya nie..

Sebenarnya korang pun boleh dapat jugak kad raya nie..aku tipu jer kata aku sorang jer boleh dapat kad raya nie..hehe..jangan marah noh, saja nak gurau-gurau..ok, kalau korang nak jugak kad raya nie, sila dapatkan majalah nie di kedai2 buku yang berhampiran..

keluaran 410 BUMPER PUASA..dalam nie ada kad raya n satu vcd...special sket untuk keluaran nie..harga mahal siket la dari keluaran sebelum2 nie sbb ada tambahan vcd n kad raya kan..korang boleh dapatkan dengan harga RM 9.90..

Sebenarnya, aku peminat setia  majalah Ujang..selalu dok p kedai buku cari majalah nie la..tp kadang-kadang ada jugak yang terlepas keluaran sbb x sempat nak p kedai ..

antara majalah Ujang koleksi aku..

"SEGMEN JOM KENAL DAN TAMBAH RAKAN BLOGGER"

Salam semua..


nak join? klik banner di atas..tarikh tutup 17 Ogos 2011 jam 11.00 malam nie..

- Nama panggilan blogger : Dalila @ Diela
- Tarikh mula berblog : 10 Feb 2011
- Rakan blogger terkini :145 orang
- Target tambah rakan blogger : 10 orang



CINTA dan AIR MATA

Salam tengahari semua..

Entri kali nie pasal cintan-cintun sikit yer..sikit jer x banyak pun..

CINTA DAN AIR MATA TIDAK DAPAT DIPISAHKAN.
MAKIN LAMA BERCINTA MAKA MAKIN BANYAK AIR MATA BERCUCURAN DI PIPI KORANG.
KURANG PERCAYA?
MARI KITA LIHAT.....

Bila cinta korang hanya bersandarkan duit semata-mata, maka air matalah penghujungnya.

Bila cinta korang terputus di tengah jalan tanpa sebab yang kukuh, maka air mata jugalah penemannya.

Bila cinta korang dibahagi atau didagangkan, maka air mata pasti berlinangan.

Bila cinta korang diselang-selikan dengan kaki dan tangan,, maka air mata membasahi kenangan.

Bila cinta korang mendapat tentangan, maka air mata pengubat kedukaan.

Bila cinta korang hanya sampai di dunia sahaja, maka air mata mengiringi pemergiannya.

Lampiran 1..



Lampiran 2..
A bertanya kepada B

A : maaf tumpang tanya.lorong CINTA jalan SAYANG kampung RINDU daerah KASIH SAYANG pekan HATI bandar I MISS U kat mana ye?

B :encik jalan terus ikut jalan ILAHI, nampak simpang tiga masuk belah kanan, ikut jalan NIKAH, sepanjang jalan tu akan nampak jalan sebelah kanan, kedai BATAS-BATAS PERGAULAN dan sebelah kiri pasar sibuk sikit iaitu pasar PERSIAPKAN DIRI..haaa..tu tandanya encik berada di jalan yang betul..semoga selamat sampai !

Percubaan membuat doodle

Salam petang semua..

Di petang-petang macam nie terasa sedikit rajin nak belajar macam mana nak buat doodle..serius, nie la percubaan kali pertama nak buat doodle nie..bukan apa, sekarang nie dah mcm musim buat doodle pulak..bnyak blogger yg mencipta doodle diorg sendiri..so, aku jugak teringin nak cuba buat..memang susah jugak nak buat doodle bg aku yang baru nie..bg yg dah terer mesti kacang jer kan?

nie doodle pertama aku..

nie doodle kedua..




hahaha...hodoh n kaku jer kan ..untuk buat doodle nie aku lebih selesa buat dgn  illustrator jer..berkali-kali  cuba buat guna photoshop..tp berkali-kali jugak la doodle aku tak menjadi..tak pandai dowh guna photoshop..huhuhu!~

tambahan doodle..tiba-tiba rasa seronok pulak buat doodle..


doodle opah


doodle tengah duduk

Pemain Pilihan Aku Baddrol Bakhtiar dapat tawaran ?

masaSalam pagi semua...

hari nie pagi-pagi lagi aku dah bukak laman web kosmo online..saja nak taw apa berita menarik yang ada..selain tu, nak baca jgak pasal perlawanan Chong wei dan jugak Lin Dan semalam..sebenarnya aku sempat jgk tgk semalam di minit2 akhir masa set 3 Chong wei mendahului Lin Dan dgn 15-13..pas tu, mcm bosan aku tukar channel tv, aku bukak tv3 layan Stanza cinta..bosan jugak stanza cinta..ubah lg channel tgk tv2 balik perlawanan badminton td..td masa aku tgk Chong Wei mendahului, bila bukak balik tv2 Lin Dan dah mendahului Chong Wei dgn 22-21..lg satu mata Lin Dan nak menang..tak sampai beberapa minit, Lin Dan dah menang..x pe lah Chong wei, wlupun kalah tp ttp terbaik dari hati semua rakyat malaysia..aku x ada nak cerita panjng pasal perlawanan nie sbb aku kureng minat sikit badminton..tp wlupun macam mana pun tetap menyokong Malaysia..


Selain daripada berita badminton semalam, aku ada terbaca di Kosmo yang Kelab Liga Perdana England,Wigan Athletic  menawarkan ujian percubaan buat Baddrol Bakhtiar..





KELAB Liga Perdana England, Wigan Athletic dikhabarkan mahu menawarkan ujian percubaan kepada pemain skuad bola sepak kebangsaan, Baddrol Bakhtiar.

Berita mengejutkan itu telah dipaparkan di sebuah laman web bola sepak United Kingdom, www.eyefootball.com kelmarin dengan tajuk Baddrol Bakhtiar to join Wigan?.

Baddrol yang baru berusia 23 tahun merupakan pemain skuad Liga Super Kedah dan boleh beraksi di posisi sayap mahupun sebagai penyerang.
Berdasarkan laporan berita tersebut, usaha Wigan untuk mendapatkan Baddrol adalah sebagai salah satu langkah kelab itu meluaskan peluang perniagaan barangan cenderamata mereka ke Malaysia.
Namun sejauh mana kebenaran berita tersebut masih belum dapat dipastikan apabila Baddrol sendiri mendakwa dia belum menerima sebarang tawaran rasmi daripada pihak Wigan.



“Saya tak tahu apa-apa tentang perkara ini. Mungkin khabar angin saja. Saya tak pasti. Saya sendiri pun tak tengok lagi laman web terbabit,” kata Baddrol ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Ditanya andai laporan itu benar dan tawaran rasmi daripada Wigan bakal menyusul selepas ini, Baddrol berkata: “Kalau betul memang ada tawaran, insyaallah saya akan pergi dan cuba.”
Baddrol sebelum ini pada 2008 ketika usianya baru mencecah 20 tahun bersama-sama Bunyamin Umar pernah dihantar berlatih selama dua minggu ke sebuah lagi kelab Liga Perdana England, Chelsea.
Wigan di bawah bimbingan pengurus, Roberto Martinez memulakan kempen saingan liga musim ini dengan mencatat keputusan seri 1-1 dengan pendatang baharu, Norwich City malam kelmarin.
Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad turut terkejut dengan berita tersebut, tetapi menganggap ia sesuatu perkembangan yang positif andai benar-benar berlaku.






Saya pun tak tahu tentang berita ini. Tapi jika benar, pada saya ia satu perkembangan positif dan baik untuk bola sepak negara,” katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Kosmo! kerana kini berada di luar negara.


sumber : kosmo online

tp semua tu belum dapat disahkan lg sbb Baddrol sendiri tidak dapat apa-apa tawaran lg drpd pihak terbabit..harap jadi kenyataan sbb aku mmg minat dan suka tengok bola kalau Baddrol main..haha...dalam entri terdahulu jugak aku ada bgtaw yang pemain bola sepak pilihan aku ialah Baddrol..harap lebih ramai lg pemain2 kita dapat tawaran dari luar negara..

"Segmen Kreatif Bersama Budak bertopeng"

Okeh..hari nie dijemput oleh cik Ana Anis Muslimah untuk join segmen..tajuk segmen mcm kat atas tu k..segmen nie lain drpd segmen yg pernah aku join selama nie sbb ia mmg memerlukan 100% kekreatifan anda ..tp aku x kreatif sgt..so, aku  join jgk untuk memeriahkan segmen nie,,..mana taw ada bakat terpendam kan..hehe

kalau ada yg berminat nak join, sila klik gambar cantik di atas yer..tarikh tutup 27/8 jam 11.30 malam..jom pakat2 join jom..


Segmen nie memerlukan kita berfikir sejenak apabila kita terlihat akan bentuk bulat..bila tgk bentuk bulat, apa yang bermain di fikiran anda..so, benda yang anda teringat tu, bolehla di hasilkan mengikut kreativiti sendiri..janji ada bentuk bulat yerr...ok, sekarang nak tunjuk benda yang  telah aku hasilkan bila terfikirkan bentuk bulat..

jeng jeng jeng...
ok nie la benda yang aku terbayangkan bila nampak bentuk bulat..haha..nie adalah cincin rekaan aku sendiri..aku bg nama cincin nie "Cincin Batu Nilam"...sebenarnya aku suka tgk cincin yang ada batu berwarna biru atas nya..nampak cantik n menyerlah jer...nak beli x de duit lg kan..nak mintak kat bf, bf pun x dak...i'm single..so, aku reka jer la...mana taw suatu hari nant dpt memiliki cincin seperti ini..wah..berangan tu...


DONE !




Segmen Pengalaman Beraya di Kampung

Salam..

Dah 3 hari x update blog..tp aku still bukak blog nie n blogwalking sana sini..malam nie sedang aku rancak berblogwalking terlihat satu segmen  di blog Cik Hira..Ini adalah buat pertama kalinya Cik Hira buat segmen..so, aku nak join..Tajuk segmen mcm kat atas tu, "SEGMEN PENGALAMAN BERAYA DI KAMPUNG".


nak join?klik gambar cik Hira di atas yer..tarikh tutup 14 Ogos..


Ok.sekarang aku nak citer pengalaman aku beraya di kampung..kalau nak ikutkan pengalaman beraya tu, mestilah bnyak kan sbb tiap2 tahun mesti aku balik kampung punya..sebab kampung mak ayah aku dekat Kedah..umah yang aku duduk sekarang nie pun dekat kedah jgk..so, x jauh n x de alasan x boleh balik kampung kan..tp sejak 2 tahun lepas aku dah x de tok n tok wan samaada belah mak aku ataupun belah ayah aku, dua-dua dah meninggal..so, sekarang nie kitorg dah jrg balik kmpung..kalau raya, selalu balik  kampung melawat kubur diorg jer lah..

nie aku nak citer pengalaman beraya masa diorg masih ada .yang seronok nya beraya kat kampung nie mestilah masa malam raya..tambah2 kalau semua sedara berkumpul..mmg riuh rendah la jawabnya kan..masa malam raya jgk la nak pasang langsir baru, nak kemas rumah, rebus ketupat n bakar lemang..kalau boleh, x tido pun x pe masa malam raya tu sbb best..meriah ngan sepupu sepapat yg duduk jauh ..aku ingat lg masa malam raya jgk la, arwah tok aku selalu giling inai untuk dipakai..haha..malam raya aku ala2 malam berinai pulak kan??lgpun aku mmg suka pakai inai...

Pas tu pg raya pulak bz nak letak kuih dalam balang..kalau ada 3 keluarga yang balik, mcm2 la kuih yang diorg bawak balik kampung..sampai x cukup balang nak bubuh..haha..pas tu, tggu apa lg, nak duit raya la kan..tu dulu2 la x sabar nak duit raya..tp sekarang  x de la mcm tu..kalau ada org nak bg, aku ambek jer..hehe

Makanan wajib masa raya of kos ketupat palas dengan rendang..aku x suka ketupat palas biasa, tp aku suka ketupat palas yang dicampur dengan jagung..haha..demand tggi pulak kan..nak buat mcm mana ketupat palas jagung lg sedap..selain tu, mcm biasala ada lemang,kuih n kek..

p/s : menulis entri sambil dgr lagu raya..ambek mood n cari idea..hehe

Istana Biru Nak Berkenalan..

salam..

Malam-malam mcm nie lepas berbuka, aku nak join segmen by Istana Biru..aku join dengan seikhlas hati..-menulis entri sambil senyum-..hehe



if sape2 yang berminat nak join, klik banner di atas yer


Ok..nama full aku pendek jer iaitu Nurdalilah Binti Mohtar. asal nama mcm mana mak n ayah aku bg, aku serius x taw ( x penah tanya)..sori la yer... tp yg pasti mak aku mmg nak nama yg pendek2 jer..nama aku pendek, tp mcm-mcm nama yang aku dapat..ok, masa sekolah rendah kawan-kawan pggil Dalilah ..masa time skolah menengah la  yang aku dapat pelbagai nama..ada yang pggil Dalilah..tu dah biasa ( mcm skolah rendah jgk )..lepas tu, ada kawan2 yg cakap Dalilah tu panjang sgt nak pggil..last2, lekat nama Del jer..Del?? ala2 nama laptop DELL jer kan...haha..tp bukan semua kawan2 aku yg pggil Del..hanya mereka yg selesa n malas nak menyebut nama aku 'Dalilah' yg 3 suku kata tu..selain drpd tu, kawan karib aku kat hostel pggil aku dgn nama LELA...sbb apa dia pggil nama aku LELA,aku pon xtaw sehingga hari ini..hehe..mungkin dia selesa..aku x kisah pun, asalkan nama tu OK..x abes lg pasal nama nie..lepas abeh jer skolah menengah, aku dapat PLKN..dekat PLKN kena pakai tag nama yg ada short name..aku x taw nak pakai nama apa..nak letak Ila,tp ramai sgt yg nama Ila kat kem tu..so, aku ambek kputusan nak letak nama LELA smpena menghargai persahabatn dgn kawan karib aku..hehe..masa dekat PLKN jgk, ada la sorg WIRA nie..kalau x silap kelas kenegaraan aku satu kelas ngan dia..pas abeh kelas tu, dia mintak aku no.tepon..aku pon waktu tu, tanpa segan silu bg no.tepon aku..pas tu, dia pon mesej aku..'Salam Laila'..mcm tu la gaya mesej dia..dalam hati ,Laila??semua kawan2 kat PLKN pggil LELA..dia tiba2 plak pggil aku Laila..aduhh..ape2 jer la..n until now, dia still pggil aku Laila..whatever la kan..

Pas tu, masa U ramai yg pggil Diela..sebab tu la nama blog nie Dalila Diela..double D gitukan..owh,lupa pulak nak bgtaw nama Nurdalilah tu maksud dia cahaya petunjuk..apa2 pun, aku suka dgn nama Dalilah tu..nama yg diberi oleh mak n ayah aku..untuk short name yg pelbagai tu, aku OK jer asalkan nama tu bukannya nama yg pelik2..

Sifat baik aku..aku nie luaran nampak lemah lembut..org kata ayu gitukan..haha..perasan..aku jgk sgt menghargai persahabatan..selalu tolong kawan-kawan..

Sifat x baik, kalau aku dok umah, mmg slalu tido, tgok tv n online jer...kira malas jgk la nak buat kerja2 rumah..haha..pas tu, kdg2 mcm kelam kabut sikit..satu lg, bnyak org kata aku nie jual mahal..aku pun x taw tang mana yang mahal tu..tp serius aku nak bgtaw aku nie pemalu kalau aku x kenal seseorg tu..mungkin dekat situ org kata aku nie jual mahal..haha..tp bila dah kenal, aku mmg suka buat lawak jgk..hehe

Ok.dah abeh dah..hehe..tu jer yg nak citer..

salam perkenalan semua !!








Berat aku 35 kilo jer?

Salam..

pg tadi pegi hospital untuk buat medical check up..semangat..pukul 9 pg dh bertolak dah..alih-alih pegi awal, nurse cakap medical check up pukul 2.30 ptg..pulak dah..kenala balik umah..-hilang semangat-

pas tu pukul 2.30 ptg, pegi hospital balik..nasib baik org x ramai. sgt..tp lambat jgk la..dalm pukul 4 lebih bru settle..

alhamdulillah segala-galanya berjalan lancar..semuanya OK..aku x de masalah kesihatan apa2...tp agak terperanjat berat aku di bulan puasa nie 35 kilogram n tinggi 151 cm..aku target berat aku 38 kg masa timbang td...aku x taw mcm mana nak bg berat aku mencapai 40 kg..

apa yang aku perasan la kan, makin bertambah umur , berat badan aku makin menurun n aku pulak makin mengecil??haha..boleh ke mcm tu..OK, masa aku form 2, seingat aku berat dalam 43 kg mcm tu..masa form 5, turun . tp masih dalam angka 40..n then dekat U ( dip) turun sampai 37 & 38 kg..skg nie nak masuk degree 35 kg @ 36 kg pulak??emmm..pelik2..

" Contest : Raya Datang Lagi "

Salam..

Ari nie nak join contest ..Tajuk contest mcm kat atas tu la..contest nie dianjurkan oleh Telaga Putih Works dengan kerjasama Budak Separa Matang,..Untuk sertai contest nie, ia memerlukan hasil kekreatifan diri sendiri untuk menghasilkan satu kad raya dengan mesej yang ingin disampaikan..

kalau nak join jgk, klik banner di atas..tarikh tutup 29 ramadhan dan akan    diubah bila-bila masa...jom join cepat..

okeh, sekarang nie nak tunjuk kad raya yang telah aku hasilkan sendiri hasil mengedit daripada photoshop,illustrator n photoscape..

ok nie dia kad  raya aku..tp aku x taw cantik ke x..KLIK GAMBAR DI ATAS UNTUK LEBIH BESAR YER..


DONE !

"95-111 FOLLOWERS GIVEAWAY"

salam..

Malam nie diterjah oleh adik Amirah Ramli untuk join Giveaway nya..

okeh..nie banner giveaway tu..jom sama2 join nak? kalau berminat nak join, klik banner di atas yer..

lepas tu, kena buat entri pasal puasa DAN raya..

PUASA pada pendapat aku ialah menahan diri daripada makan dan minum serta mengelakkan diri daripada melakukan dosa..di bulan puasa nie la, kita kena bnyak buat AMAL IBADAT kerana bnyak ganjaran2 yang diberikan oleh Allah SWT untuk umatnya yg megimarahkan bulan Ramadhan nie..Di samping melakukan amal ibadat, ada jugak yang menjadikan bulan puasa nie sbgai bulan yg paling sesuai untuk BERDIET..betul ke? ke bulan puasa nie lg GEMUK?almaklumla, bila puasa di siang hari, mcm2 yang terliur..pas tu, pegi borong mcm2 kat bazar ramadhan..bila dah berbuka, x henti-henti makan nak abehkan makanan yang di beli tu..dah tu terlebih kenyang la pulak..bila dah kenyang, apa lg mengantok la pulak...x sempat makanan tu nak digest, terus jd lemak n berat badan pun bertambah...nie segelintir masyarakat kita jer la..x semua yang mcm tu..sama-samalah kita memperbaiki diri dan dapat mengawal nafsu dgn baik..

RAYA pulak pendapat aku ialah hari kemenangan bg umat Islam setelah berjaya mengawal nafsu di Bulan Ramadhan..Hari raya pertama TAK BOLEH puasa..hari kedua, barulah kita boleh puasa enam pulak...waktu raya nie la, semua kaum keluarga sahabat handai berkumpul untuk meraikannya.. yang di bandar, yang di perantauan semuanya balik ke pangkuan keluarga untuk sama2 meraikannya..di samping itu, ziarah menziarahi dan bermaaf-maafan menjadi satu adat ..kalau hari raya tu, kalau boleh semuanya nak baru..perabot baru, langsir baru, baju baru,kasut baru..haha..baju baru wajib kan?kalau x de bju baru mcm x semangat jer ..apa-apa pun, semuanya ikut kemampuan masing-masing..jgn berlebihan sudah..

Nak tag jugak pada kawan-kawan lain

DONE !

Entri Santai 2-Mari Baca Lawak Jenaka

Salam..
Jom baca lawak jenaka suami isteri nie..

VERSI I
SEBELUM KAHWIN
L:ye abg dah lama tunggu saat ni!
P:abg nak tinggalkan syg ke?
L:mestilah x..tolong jagan fikir macam tu..x mungkin terjadi
P:abg cintakan sygkan?
L:ye..tiap hari
P:abg pnh tipu sayang x?
L:X..nape syg selalu tanya cam tu..
P:abg akan keluar dgn sayang x?
L:setiap kali ada peluang abg takkan lepaskan..
P:abg akan pukul syg?
L:giler ke..abg bukan laki cam tu..
P:boleh ke syg percayakan abg?
L:yaaa..
P:sayang..

SELEPAS 5 TAHUN KAHWIN
baca dari bawah ke atas..

VERSI II
awal perkahwinan
Isteri : "Hari nie kita makan kedai yer"
Suami :"OK..no problem.."

Pertengahan perkahwinan
Isteri :"Hari nie kita makan kedai yer "
Suami:"nape,awk x masak ke?"

Penghujung perkahwinan
Isteri:"Hari nie kita makan kedai yer "
Suami:"awak nikah je la ngn mamak kedai tu.."

sape2 yang belum baca lawak jenaka Entri Santai 1 boleh la klik di link tu yer..

Computer Game adalah Hobi aku

Salam

Dah beberapa hari dah x update..wlupun x de apa2 update, tp aku still lg bukak blog nie..blogwalking di blog2 yang sudi singgah sini dan membaca entri baru blogger-blogger lain..bukan apa, sekarang nie aku bz main online game..hehe..dah besar2 mcm nie pun dok main game lg?ish2..aku main online game kat sini..http://www.onlinegames.net/..dah bosan kan?nie jer la keja aku..

Kat sini boleh pilih nak main game apa ikut yang korang minat..ada action games, arcade games,car,dress up,fighting, motorcycle, puzzle, shooting,cooking,racing and words games..sekarang nie yang sempat aku main buat masa nie ialah cooking games..wah, games masak2 tu..cooking games nie lebih kepada masak untuk serve customer sampai mencapai goal..

ok, nie antara cooking games yang aku main

 
nama game nie HOT DOG BUSH.Untuk main game nie dan mencapai goal, tangan kena cepat menggerakkkan mouse nak serve customer..dan aku jugak BERJAYA menghabiskan game nie..hehe


nie pulak game kedua yang aku main..nama dia YOUDA SUSHI CHEF...dah nama pun sushi kan of kos la kena masak sushi..hehe..bg aku game nie, mmg mencabar minda sbb kena ingat bahan2 setiap sushi tu..kalau x ingat, terpaksa la bukak buku resepi..tp akan melambatkan permainan menyebabkan customer lari.. aku x berjaya abehkan game nie sbb ada satu stage tu, aku xdapat mencapai goal..huhu !~ sedih2..hehe

Banyak lg game2 kat website tu yang aku main..ada yang best dan ada jgk yang boring.. game yang mcm budak2 pun ada..hehe..pandai2lah pilih yer..nant aku nak try game genre lain pulak..hehe


Actelly, aku memang suka main game kat komputer nie..masa aku kat U dulu, selalu dok copy game2 baru kat kawan-kawan lain..tp aku main waktu terluang jer la.x de la sampai memudaratkan study aku..masa nie la aku nak main pun sbb nant dah nak kena fokus untuk study balik ..so, enjoy puas2 ..

p/s : bak kata nora danish, kita enjoy !~

Memory Berpuasa di UiTM Perak

Salam

Lagi beberapa jam lagi kita akan berbuka puasa. korang dah masak ke? dah pegi bazar ramadhan?aku tak pegi bazar pun.Masak kat umah jer.tp bukan aku yang masak, tukang masak nya mestilah mak aku.hehe..aku cuma tolong je apa2 yang patut.Tp ari ni mak aku suruh aku masak bihun goreng.aku cakap ok jer..jap g pukul 6 aku kena tutup PC nie dan menuju ke dapur untuk masak.

Dah 3 ari kita berpuasa, tp aku belum sempat untuk pegi ke bazar ramadhan. bila aku dah duduk kat rumah nie, memang  malas nak keluar.tiba2 teringat kenangan berpuasa di UiTM Perak selama 3 tahun. Kalau aku puasa kat sana, time2 mcm nie mmg dah keluar serbu bazar. Tiap2 bulan puasa, akan ada bazar ramadhan dalam UiTM aku tu. so, x de lah jauh sgt nak kuar U untuk ke bazar luar. Aku dgn kawan-kawan akan keluar ke bazar dalam pukul 5.30 mcm tu. Kalau pukul 6 lebih kitorg keluar, mmg sesak bagai la. Makanan yg nak beli pun x nampak dah. Nak jalan pun susah.

Tak kira hujan ataupun panas, kami mesti pegi bazar ramadhan tu jugak. Kalau x nak pegi bazar, ada jer pilihan lain nak beli makanan mcm dekat food court ataupun uptown. Kalau nak ikutkan dari kolej aku, uptown n food court lg dekat berbanding bazar tu.Tp aku dan jugak kawan2 rela berjalan jauh untuk ke bazar. Bukan pe, kalau bazar pilihan makanan lg banyak. Lgpun setahun sekali jer nak ada bazar kat dalam UiTM tu. so, x kisah sangat la kan jauh tu.

Apa eh yang aku selalu beli kat bazar tu? kalau korang nak tawu, aku suka beli makanan kat mak cik nie. Nama gerai dia, Nasi Lemak Bandar U. Ada mcm2 pilihan lauk. Lauk yang selalu menjadi pilihan aku ialah sambal kerang + telur mata. Tp x de la selalu aku makan nasik lemak. kan nasik lemak x elok makan selalu. Tp serius sedap nasik lemak dia.

Bila teringat balik, best nya berpuasa bersama kawan2. Biasa lah, bila duduk sana, teringat nak berpuasa kat umah ngan family semua. Bila dah ada kat umah, teringat balik kat sana. hehe. apa2 pun, berpuasa di rumah ngan family atau berpuasa di U ngan kawan2 semuanya tetap PUASA.

Contest Blog Aku Kena Gigit by Coklateyes

Hari nie cik inannie telah datang ke blog aku untuk blogwalking..aku pun apa lg, membalas kunjungannya .tiba-tiba tertarik dengan contest yg dianjurkan..tajuk contest mcm kat atas tu k..


nak join jgk?klik gambar di atas ye..

Saya suka Geget Blog Dari Hanya Kerana Mata kerana saya suka baca entrinya yang menarik dan penuh dgn info terkini dengan dunia blog..ada jugak info berkaitan peristiwa2 yg berlaku dalam dunia..Selain itu, blognya jugak cantik dan x berat..cepat loading..

nak tag contest nie dekat






Segmen BW sambil Tambah Follower

Salam..jom join segmen lg..


nak join tekan gambar di atas yer..
Saya masih baru dalam dunia blog..blog nie wujud pada 10 Feb 2011..baru 6 bulan x sampai setahun lg.. blog nie lebih kepada citer2 pasal diri saya, join segmen,bloglist and contest..jumlah follower setakat nie 106..
Tag pada



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...